sebenarnya bila anak makan sambil tengok phone, dia ralit tengok phone tak fokus pd aktiviti makan tu. jadi even bila dia dah kenyang pun, dia tak sedar. sebab tu dia jadi makan banyak.
bagus puan dah stop bagi anak phone waktu makan. dia akan fokus pada makan tu, fokus pada rasa lapar & kenyang dia. jadi kalau anak dah kurang makan, takpe maksudnya dia kenal rasa kenyang tu sebab tu dia stop. percaya anak punya cue. dia nak berhenti makan, okay, stop.
even kalau kita rasa anak belum kenyang pun sebenarnya, takpe. nanti next meal offer lagi. offer snack yg mengenyangkan in between, bukan snack jajan. inshaAllah cukup je makan dia.
Baca lagi