survey

Hai mommies, mgu keberapa korg bersalin anak ptama? ? Share pengalaman sikit ?

130 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

36w4d. 7/2/2019. 5 am - terjaga dari tidur. Rasa memulas rasa mcm senggugut rasa braxton hicks ni (padahal contraction). Last 2 weeks dah rasa braxton hicks ni , no joke mmg sakit. So kali kedua dah prepare mental. 9am- kerja mcm biasa sambil monitor sakit. Dari sejam sekali - 45 min sekali - 30 min sekali - 10 min sekali. Tapi chill lagi buat kerja. Maybe time busy, lupa kejap sakit tu. Tapi tak pun sebenarnya. Huhu. 6 pm - 5 min sekali ! Balik kerja , jalan jem , tahan sakit. Still tak rasa itu sakit contraction sebab dalam otak contraction sakit lagi teruk. Time tu rasa mcm senggugut je tapi kuat sikit. 7pm - sampai rumah, mandi, nak masak tapi tak larat. Tunggu husband balik ajak dia pergi pasar malam. Siap pesan kalau by 9 pm tak hilang gak kita pergi hospital check kenapa sakit. Takut sakit nak beranak. Kalau takde pape, balik je lah. 9pm - lepas balik pasar malam, beli barang baby yang last then balik makan. Sakit seminit sekali dah. Baru sedar diri kata ni nak beranak dah ni. 9.06 pm- sampai parking hospital, cakap taknak parking depan PAC. Parking je mcm visitors lain, jalan je pergi PAC sebab rasa kalau beranak, maybe esok pagi beranak, exercise kate nyaaa. 9.30 pm - doktor check bukaan dah 5cm. And kena bebel kenapa dtg hospital lambat kalau dah sakit dari subuh. Well, i pun tak tahu sakit beranak tu cmane. 10.00 pm - naik ward, nurse suruh husband bayar deposit wad dulu. Masuk ward, mmg dah start rasa sakit sebab mind set dah sedar tu sakit nak beranak rupanya. Nurse suruh rehat, maybe subuh nanti bersalin. Damn. Macam mana nak tidur sakit gila! Suruh husband balik dulu. Nanti pape I call. 11.00 pm- I mintak pain killer dekat nurse. Time nurse nak prepare, i nak turun katil pergi toilet turun darah. Then nurse check bukaan dah 9cm. Nurse jerit "LABOUR ROOM!" . Amboi cemas nya nurse ni. Relax lah yg nak beranak tu aku! Terus ws husband, dia baru nak isyak katanya, lepas isyak dia gerak. I said okay. Bajet dalam kepala 2-3 am baru bersalin kot. 11.30pm- ye, akhirnya i menangis kesakitan. 1 minit sekali contraction yg sangat kuat. Bidan check. Dah nampak kepala. Tanya dah kencing ke. Cakap dah terkencing masa turun darah tadi. Dia gelakkan i. Ingat lawak ke? Sakit tau! But then dia tenang kan i, ajar i zikir (tengah sakit lupa habis zikir , yg dizikirkan "sakit sakit") cakap kalau rasa contraction terus teran. I teran, dari dua org je nurse and bidan tetiba ntah mana dtg satu kumpulan nurse yg ramai jadi cheerleader. Ada yg tolak perut, ada yg lap muka. Ada yg bg kata semangat. Kelakar bila ingat balik. 12.04 am 8/2/2019 - lahirlah my baby princess . Berat 2.8kg ! Husband i baru sampai terpinga pinga bila doktor kata i dah selamat bersalin. Kalau dia ada dengan i dalam labour room mesti i mengada lebih, berjam lagi kot nak meneran. Alhamdulillah all went well. Today she is 3months old. My miracle. My Khayla Nafisa.

Baca lagi
Post reply image

Mommies..Terima kasih for sharing..seronok baca pengalaman mommies semua.. ni pengalaman kita pula..kita dh selamat bsalin mgu ke 38 secara normal bulan lepas..serah diri ke hospital pukul 230pm sebab contraction makin kerap..cek buka baru 3cm..dan rsa sakit sgt pkul 7pm. Panggil nurse minta cucuk ubat. Then, nurse & dokter cek jalan dh buka 6cm..terus bawa ke bilik bsalin sedia utk bsalin..masa ni ai ketumban xpecah lagi..dokter tolong pecahkan..bila dh pecah rsa mcm dh nak bsalin sgt2..dokter cek lagi buka..dh buka 9cm pkul 8pm dokter dh siap2 suruh push kalau contraction dtg..xlma teran baby keluar... Baby boy 💙

Baca lagi

saya pada waktu subuh sy bngun nk gi tnds, lps tu perut dh ase tk selesa, bile lelap terbngun blik.. mklum first baby jdi tk biase 😅 ingt sakit perut biase then gi tnds lg.. skli tgk lendir bercampur dgn drh... terus go to hospital nurse check dh 2cm,nurse suruh balik dlu, then lps pgi tu masih boleh lg tahan semua.. then go hospital bsr check lg 2cm suruh balik😂😅 lps blik... mlm tu dh tk boleh tidur.. dh terlampau skit pukul 1 lebih.. family pon bwk la gi hospital.. skli check dh 4cm,then 5cm terus labor room.. pksa pecah air ketuban huhu.. ddk dlm labor room 4jam 😅 akhir nye kluar la putri ku 💕 alhamdulliah.

Baca lagi

usia kandungan baby 37 minggu. ditahan wad kerana air ketuban da ckup utk deliver dan bukaan 2cm. masa tu tkde rasa sakit contraction pun. doctor bg induce utk mempercepatkan proses kelahiran memandangkan hospital jauh dari rumah dan melancarkan kelahiran supaya sy tidak kelam kabut sbb sy tkde rasa sakit contraction masa bukaan 2cm tu. doktor risau kalau sy tiba2 bersalin masa buang air besar je 😅

Baca lagi

41 weeks. Takde tande langsung and tak sakit. Check laluan. Dah 3cm. Terus masuk labour pecah air ketuban. Takde contraction sampai lah lg 20 minit nak bersalin. Baru rs sakit. And after 20 minit beranak. Keluarlah seketul aurora. Now dah 3 y\o. Tengah tunggu adik ke 2 dia keluar. Berangan nak baby sister. Baby brother dia ni. Asyik nak gaduh je. Doakan aurora dpt baby sister. Now dah 30weeks.

Baca lagi
Post reply image

Saya bersalin tepat pd edd yg misi n doktor tulis d buku pink tu....bersalin secara normal,hampir gagal sbb x berapa pandai kawal nafas,kepala bby termasuk semula,,fuhh hampir lemas tu bby...mujur lah teran kali terakhir bby DPT keluar paras bahu dan keseluruhannya keluar dgn selamat terus bby keluar tahi hijau pekat tu... alhamdulillah mujur x lemas dia

Baca lagi

37 mggu.. pgi pergi cekup cm biase.. nurse kta rahim tggi lgi.. mlm nk kluar drah ckit2 n cntrction.. Mnhan skit.. lme jgk.. smpai hsptal.. dh Bukak 3cm.. tggu 5mnit.. Bkak 5cm.. lme jgk proses.. tup2.. xleh nk berslin normal sb baby faceing.. tggu 5 jam.. tok bby btol kn kdudkn.. xnk jgk.. last2.. czer.. alhmdlh bby kluar dgn slmat

Baca lagi

38 minggu 2 hari (5 april 2019) . Baby boleh bersalin ikut mind set ibu . Malam 3 April tu saya cakap kat kawan minta minta saya sakit malam tu supaya bersalin 4 april . Betul , pukul 3 pagi (4 april) saya start sakit , pukul 10 sampai hospital after 24 hours tahan sakit saya bersalin .

6y ago

Bguna juga tips ni, sya dh xsabar nak tgk baby kluar ☺️

39 weeks Seronok sb rasa sakit p cek bukaan hnya 3cm lastly kna thn ward. Esk hari bru bersalin normal jam 3.20ptg dgn berat 3.06 lhirlh puteri sulung.. Tgk muka suami berkaca ja hrp hti pon kuat last mngis jgk☺️😘..

sya 41w 2day.. serah diri kat hospital..induce..masuk ubt jam6 pagi..9.18pm lahirlah puteri sya stlh menahan sakit yg teramat amat sakit...syukur alhamdulillah smuany selamat....