SUSU FORMULA

hai mommies, boleh share baby minum susu formula jenis apa yg sesuai? baby saya sebulan lebih, dah try Lactogen, Dutchbaby, Morinaga, Dupro. Semua tak sesuai n sembelit. Frisolac AR je yg okay tapi klau bagi selalu jadi cirit pulak. saya dah buntu nak cuba apa. mohon sharing dari mommies semua ya. terima kasih. #firstbaby #pleasehelp #firstmom

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

maaf sis tiada jawapan utk ini... setiap bayi berbeza penerimaannya terhadap susu formula. ibu perlu try and error. Atau rujuk doktor, mungkin dia ada alahan tertentu contohnya alah dgn protein susu lembu misalan

Sama mcm sya sis.. Sya pun tak tahu nak bagi susu ape dah dgn baby sya. Lactogen sembelit Dutch baby sembelit Frisolac AR ceri beri lak.. Nie dah buntu.. Sape2 leh bantu atau sya kena jumpe dokter yee

Baca lagi
12mo ago

cuba susu kambing cth karihome atau susu based on soy cth duprosoy. byk lg cuma nk kene rjin survey susu je laa. 😄

Sy bagi anak sy minum susu formula brand similac neosure..so far alhamdulillah xde sembelit..bby sy baru berusia 27 hari..

Maaf nak tnya, cmna nak tau susu formula x sesuai dgn baby kita ya? Meneran smpai wajah merah2 tu salah satu tanda ya?

12mo ago

*tompokan drh

Baby saya minum S26 alhamdulillah so far ok

12mo ago

njis baby ok x msa mula2 s26? bby sy lps je tukr susu s26 njis dia jd hijau gelap 🫥