Gusi berdarah

Hai momies semua. Baby saya 1y4m.Sekarang fasa anak saya gigi geraham dia nak tumbuh. Dah 2/3 hari bengkak bahagian situ kiri kanan. Tapi semalam dah nampak warna putih means gigi. Pastu semalam saya kesian tengok dia asyik korek2 ngn jari dia sbb tak selesa la tu. Saya pun pergi bagi dalam teether dia ais. Jadi dia suka gigit kuat2 sampai terkejut saya nampak darah. Tapi dia tak nangis pun,lagi nak gigit ada la. Tapi saya tak bagi dah. Saya tengok gusi dia sebelah tu jadi kesan darah mcm koyak tu. Tak la besar cuma nampak la garisan merah bekas darah. Bahaya ke tak ye? Sakit tak kalau dia makan apa2? Sofar ada bagi dia makan dia ok tak nangis. Darah pun time tu je keluar pastu tak keluar dah. Macam mna ye mommies2? #bantujawab #SeriusTanya #firstmom

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai! Rasa tak sabar punya anak tengah tumbuh gigi, kan? Baguslah dia tak nangis walaupun ada darah. Biasanya gusi berdarah semasa tumbuh gigi adalah perkara biasa. Tapi elok juga kita pantau dengan teliti. Jangan risau sangat, tapi kalau gusi tu nampak koyak dan ada kesan darah, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga. Untuk makanan, kalau dia tak nangis masa makan, mungkin dia tak rasa sakit sangat. Tapi baik juga kita pilih makanan yang lembut supaya tak menyakiti gusi yang sensitif. Kalau nanti dia nangis atau menunjukkan tanda-tanda sakit, boleh cuba berikan makanan sejuk seperti yogurt atau buah yang lembut untuk memberi keselesaan. Cuba juga lap gusi dia dengan kain lembut atau letakkan sejuk di atas gusi untuk membantu meredakan bengkak dan kesakitan. Jangan risau, darah yang keluar tu biasanya tak banyak. Kalau nampak terlalu banyak atau berpanjangan, lebih baik kita jumpa doktor untuk nasihat lanjut. Selamat menjaga anak dan semoga dia cepat lega dari kesakitan gigi ya! 🦷❤️ https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

ya awak, mmg sensitive area gusi tu bila gigi baru nak tumbuh. should be okay kalau darah tak berterusan, tapi check juga jika ada apa apa kelainan.

TapFluencer

OK je jika tak bleeding berterusan. Bagi makan yg tak panas dulu. Anak bila gigi nak tumbuh dia suka yg keras 2.

kalau sis risau better bwk g jumpa klinik gigi.