Air ais ketika berpantang
Hai mama semua. Saya tengah berpantang anak pertama dah 26hari secara czer. Boleh ke ye minum air ais.? Ada yang kata kena pantang ais sampai satu tahun betul ke ye? #firstbaby #firstmom #pleasehelp

Ada adik bawang yang kata Dr Imelda terlalu moden dan sudah lupakan asal sebab tak ikut adat berpantang toknenek. Adik bawang ni kata nanti Dr Imelda umur 40 tahun nanti sakit sebab tak berpantang selepas bersalin. Sebenarnya ilmu pengetahuan kesihatan adik bawang ni sangatlah cetek. Dia hanya tahu tentang berpantang 44 hari selepas bersalin saja. Amalan lain yang toknenek buat yang bagus untuk kesihatan dia tak tau pun dan tak buat pun. Mai nak membebel sikit: Betoi kaaa hang ikut cara nenek moyang???? Hang tak tau pun apa nenek moyang hang buat. Yang hang tau tu tentang amalan berpantang 44 hari selepas bersalin saja, tapi yang lain hang tak tau. Hang tau tak apa dia gaya hidup sihat dan cergas seumur hidup??? Hang tak tau. Yang ni saya yang ikut, tapi hang tak ikut pun terapi perasan selepas berpantang 44 hari boleh terus sihat sampai ke tua. Memang laa tak masuk akai tu adik bawang. Zaman dulu, nenek pergi sekolah berjalan kaki, hang tak tau jalan kaki, hang tau naik kereta saja. Balik dari sekolah pun nenek berjalan kaki. Hang tau tak apa dia kecergasan? Haaa tu pun tak tau. Yang ni saya ikut, saya membuat langkah 10 ribu setiap hari. Hang rajin berjalan ke tak? Zaman dulu, bila nenek sampai sekolah tak guna poket money beli jajan, nenek tak beli kerepek-kerepek berproses tinggi kandungan garam macam hang, sebab takdak pun juai benda mengarut-ngarut kat kedai zaman dulu. Kalau hang dok makan junk food boba cheese leleh kek manis mengarut, yang hang dok tunjuk kat dalam FB hang, dok promot-promot junk food pulak, maknanya hang tak ikut pun cara toknenek. Hang makan mengarut-ngarut, kongsi resepi kek-kek penuh gula. Berapa guni gula hang dah telan untuk hang sorang? Sihat ka tu? Habaq mai. Hang ingat tok nenek moyang zaman dulu makan berlebihan sampai obese macam hang kaaaa? Zaman dulu susah tau nak cari orang yang obese. Masa saya muda dulu pun, nak beli baju, mana ada size XL, XXL, XXXL. Takdak! Yang ni saya ikut cara toknek, saya tak makan junk food, dari kecil sampai tua. Tak guna berpantang 44 selepas bersalin saja, tetapi hari-hari lain dok telan junk food seumur hidup. Itu bukannya cara toknenek hang. Zaman dulu nenek makan buah-buahan semulajadi tau, ulam-ulaman tau, bukan pi telan suplimen-suplimen yang tak ada pun khasiat serat-serat. Yang ni saya pun ikut cara toknenek. Toknenek kita cergas panjat pokok cari buah-buahan atau kait buah rambutan, depa buat banyak kerja fizikal, bukan macam hang yang dok pi beli kat supermarket saja. Zaman dulu selepas sekolah, nenek dan kawan-kawan main melompat atas sebelah kaki sambil kejar-kejar orang lain, buat tali getah dan lompat atas tali getah. Depa takdak TV takdak computer takdak ipad. Hang main ipad, tengok TV saja tau. Tak tau apa dia kecergasan diri. Itu pun tak tau. Zaman dulu nenek basuh baju kena gonyoh dan tonyoh, kena bilas sendiri, bukan macam hang tekan butang mesin basuh saja. Mana kegiatan fizikal hang? Zaman dulu, nenek nak makan ayam kena pi tangkap ayam dulu. Depa bakar kalori sebelum boleh makan ayam. Hang ni duduk-duduk saja lepaih tu pi beli ayam goreng segera yang penuh minyak, tinggi garam, penuh pengawet, penuh perasa dan lagi tinggi kalori ke langit dari ayam yang tok nenek moyang masak. Mana laaaaaa hang tak naik badan. Zaman dulu, nenek masak kena tumbuk-tumbuk dan giling-giling rempah. Depa kerja kuat, bukan macam hang pakai blender. Jadi soalan saya, kalau zaman sekarang kita tak buat aktiviti yang toknenek dulu buat sebab ada banyak kemudahan, sekurang-kurangnya hang buat tak regular exercise setiap hari? Yang ni saya yang ikut amalan Toknenek. Hang ikut tak cergas seumur hidup kaaa hang tau berpantang 44 selepas bersalin saja? Hang ingat berpantang 44 hari selepas bersalin saja ka yang toknenek buat untuk sihat? Hang ingat kalau tok nenek ada anak 12 orang, tiap-tiap tahun depa dok lahap 12 birthday kek penuh gula tu kaaaa? Hang ingat kalau tok nenek moyang nak berehat, depa boleh buat alasan tak payah masak sendiri makanan sihat untuk satu hari, sebab boleh order takeaway kaaaa? Tak kaaann. Hang ingat nenek hang sihat sampai umur 90 pasai amalan berpantang 44 hari selepas bersalin kaaaaa??? Yang tu saja yang hang tau kaaaa?? Bukan, berpantang 44 hari selepas bersalin itu bukan penyebab nenek sihat. Sebab ini juga hang dah berpantang 44 hari selepas bersalin pun ramai wanita Malaysia ada obesiti juga, ada diabetes juga, ada hypertension juga, dan tak nampak pun macam wanita-wanita sihat di dalam masyarakat. Hang kena buka minda dan dengar nasihat Dr Imelda kalau nak meningkatkan kesihatan. Dr Imelda suruh regular exercise tapi hang tak mau buat. Dr Imelda suruh makan makanan sihat tapi hang nak makan ayam goreng segera penuh minyak, garam dan pengawet. Dr Imelda suruh makan sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi berkhasiat tapi hang nak telan suplimen saja. Dr Imelda suruh minum ayaq kosong tapi hang nak minum ayaq kordial penuh gula, ayaq teh boba-boba penuh gula, ayaq kopi campuran dan teh tarik manih melecaih. Dr Imelda suruh makan nasi suku pinggan saja. Hang pi suruh orang masuk dari luar negara untuk buat kerja fizikal yang tok nenek moyang dok buat sendiri zaman dulu, tapi hang nak jugak makan nasi dua pinggan. Dr Imelda suruh hang pi pulas telinga anak lelaki atau menantu lelaki yang dok merokok tapi hang tak buat. Biaq depa merokok. Dr Imelda kata tak payah pun paksa ibu-ibu baru bersalin berpantang 44 hari sebab tiada manfaat kepada kesihatan dan toksah seksa ibu-ibu ini kalau diri sendiri tak reti jaga kesihatan. Apa yang hang perlu buat untuk sihat ialah pemakanan sihat seumur hidup dan exercise hidup cergas setiap hari seumur hidup, sampai tua, bukan 44 hari saja, itu pun tak exercise langsung. Dr Imelda suruh hang mencegah penyakit supaya tak payah makan ubat tapi hang dok pi beli produk-produk overclaim mengarut untuk bagi diri sendiri penyakit. Tok nenek moyang hang sendiri tak beli pun produk-produk mengarut overclaim ni. Tok nenek moyang hang tak telan pun berbagai-bagai produk sampai membebankan organ dalam badan. Hang ikut petua orang zaman dulu konon. Kalau takat pantang selepas bersalin saja yang hang tau, tak payah laaa kata hang ikut amalan orang tua-tua dan perasan diri sendiri sihat. Cheh. Dr Imelda dah umur 51 tahun pun lagi fit dari hang yang baru 30. Dr Imelda ikut amalan orang tua lebih lagi dari hang. SYOK tak Dr Imelda membebel? Baru hangpa tau….
Baca lagi

