tukar susu
Hai ibu2 semua. Sy ada persoalan. Anak sy baru masuk 1 tahun dan baru boleh mula berjalan. Sekarang ni dia alami cirit-birit, tetapi tidak ada muntah dan selera makan pun masih okey. Kalau istilah orang dulu mereka panggil baby nk 'ringan badan'. Baby cirit-birit sbb nak boleh berjalan. Ada yang suggest untk saya tukar susu. Sekarang baby sy minum dutch baby. Dan kalau perlu tukar susu, susu apa yg terbaik ye. Terima kasih kpd yang sudi jwb.