Susu Badan Bocor

hai ibu2 sekalian... ada tak di sini yg alami sama seperti saya? susu badan asyik bocor tapi serentak kiri kanan.. pastu tiap kali nyusukan badan anak pun mesti yg sebelah pun nak keluar sama serentak.. kalau susukan kiri, kanan pun ikut keluar... kalau susukan kanan, kiri pulak keluar serentak... kalau ada yg geng sini, tahu tak kenapa mcm ni terjadi ya? nak tanya nurse doc pun mcm tak berapa memuaskan jawapannya.. nk search kt google pun tak jumpa result dia

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Jawapan: Normal itu kita tak panggil bocor awak. itu kita panggil LET DOWN REFLECT (LDR). ini terjadi disebabkan susu badan dalam fasa nak sesuaikan diri mengikut demand baby minum. akan berkurang bila baby meningkat usia. selalu nya bila baby dh masok 3m LDR ni akan makin berkurangan. satu lagi tengah2 awak menyusu tiba2 rasa mcm kejutan elektrik. itu pon normal juga ya🫰 apa yg awak boleh buat adalah, awak boleh beli milk collector. bila awak menyusukan baby sebelah kiri dan sebelah kanan tu awak boleh pakai milk collector. susu tu awak boleh simpan. dn boleh digunakan sewaktu emergency. mean waktu awak ada urusan yg memerlukan utk awak tinggal baby dkt rumah. boleh juga pakai breast pad. tp rugi la sbb susu tu melekat pada breast pad. kalau awak nak cari jawapan pada persoalan awak, awak kena join mcm group breastfeeding, boleh follow lactation counselor. banyak lactation counselor share ilmu free je tentang breastfeeding. nnt awak akan jumpa jawapan pada persoalan awak.

Baca lagi

kalau tengah susukan anak sebelah kanan, kiri tu pakai milk collector(kumpul air susu) boleh cari kat shopee milk collector. jangan biar dia menitik je bazir. kalau tengah susukan anak kat luar pakai breast pad letak dalam bra, so takde lah bra basah masam.

normal je tu, tp tu bukan tanda susu banyak. puan pakai milk collector, kalau banyak sangat boleh simpan peti, kalau sikit boleh bagi terus kat baby guna sudu etc. susukan baby buat jadual & patuhi jadual tau insyaallah blh bf terus sampai 2tahun paling kurang

Baca lagi
1y ago

elakkan milk collector yg ada suction tau, boleh jd over supply nnti susah. pakai milk collector yg letak je tu dlm bra

tiap kali nk df bby, kelam kabut capai milk collector seb taknk bazir susu. sy pakai jenis silicon cup. smbil bby hisap, yg sebelah lg dpt collect susu. kdg2 tu dpt smpai 2oz. boleh simpan jd stock

sy pun mcm tu..sume ank.bile mnyusu kanan..belah Kiri mmg bocor mngalir habis basah lecun baju.sbb tu sy kuar pkai pad breast tu..klau x habis bra n jd berbau

Normal sgt sgt sis..jgn lupa tadah milk collector tmpat bocor tu..blh simpan stok susu..