Adakah Ibu Menyusukan Bayi Memakai Baju Dalam Ketika Waktu Malam?

Hai ibu², maaf jika soalan saya ini agak sensitif. Ibu² yang dalam pantang & menyusukan bayi, adakah ibu² memakai baju dalam ketika waktu malam? Adakah ibu² memakai 24 jam? TQ. #bantujawab

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

dlm pantang pakai + pakai milk collector yg hemisphere tu letak dlm bra sebelah breast yg tak nyusu. if tak pakai bra nanti nipples bergesel dgn baju buatkan susu menitik sbb ada rangsangan kat nipple tu. apa nama reflex tu. lepas2 tu pun pakai, lagi2 anak dah dekat 2y ni pandai bukak tutup selak bra, kalau nyusu tak pakai bra ngamuk dia takleh tutup. btw, pakai la bra yg elok utk support breast ye, nanti breast lanjut kita pun tak selesa.

Baca lagi

sebelum pregnant dulu kat rumah mmg tak pakai langsung, since dah bersalin breast pun dah makin mengembang mmg saya pakai untuk elak kendur jee nak tidur saya bukak sebab rimas sebenarnya, saya mmg standby kan kain kat sebelah saya kalau tengah susu anak waktu malam untuk elak baju basah terkena susu

Baca lagi

dalam rumah memang saya tak pakai bra bila anak nak susu tinggal selak baju je hahaha. waktu malam pakai singlet je bila anak nak susu senang, kalau duduk rumah hanya sis dan suami ok je kalau tak pakai bra pun.. tapi ikut keselesaan sis juga kalau selesa without bra just go on

kalau tidur mengiring akan menitik sendiri biasanya. so pakai bra letak pad cotton tapi tak kancing belakang sebab tak selesa. atau tak pakai bra tapi letak kain tebal dalam baju macam tuala. kalau pakai milk collector sambil tidur takut melecet sebab silicon.

Saya sebelum hamil pun suka bra less di rumah sendiri. Sekarang masih menyusukan anak (nak masuk 2 tahun) pun bra less jika baju warna selain cerah. Selesa bra less. Tapi bila anak dah besar, pakai la bra. Anak lelaki ni.

saya x pakai...sy pakai breast pad lekat dekat baju tidur/T-shirt...sbb dari dulu sy x terbiasa tidur guna baju dalam, jd untuk elakkan baju basah, sy guna breast pad jer...boleh cuba kalau x sesuai jgn d ikut

Kadag pakai kadag tak sebab susu akan menitik kalau lepas pantang jadi pakai pkai bra saya akan pakai breast pad kalau tak pakai bra lilit dengan napkin anak 😂

mestilah pakai. susu bdn kdg2 boleh menitik/keluar secara xsedar. kena pkai breast pad utk elak pakaian basah. plus nursing bra takde la keras mana.

10mo ago

ya sama2.

Sy dlm pantang mmg xpkai bra spnjang hri xkira siang or mlm..mmg susu akan menitik tp sy akan lapik dgn napkin ank..napkin beli bkn utk baby tp utk ibu🤭🤭

Sy pakai waktu nk keluar je… sbb memang tak selesa

10mo ago

betul..