7 Balas

kenapa perlu ikot cakap org? kalau anak awak sakit org tu akan jaga anak awak ke? melainkan doctor yg benarkan anak awak makan atas sbb2 tertentu xpe la awak nak bg anak awak makan. awak boleh baca ni. dan tekan link yg sy share. Masih ada lagi yang dok tanya sana sini anak bawah 6 bulan boleh makan atau tidak. Jawapannya TIDAK. Malahan ada yang bilang jururawat di Klinik Kesihatan suruh makan seawal usia 5 bulan. Haih. Dah kenapa. Belajar dah bukan saranan untuk mula makan masa umur berapa? Lainlah kalau doktor cadangkan makan awal atas alasan tertentu! Jururawat jangan nak pandai-pandai ya! Jika anda rasa bayi kurang zat makanan, refer kepada doktor/pegawai pemakanan. Bukan anda cadang beli supplement itu ini, bukan anda cadang buat itu ini, kecuali vitamin yang dibekalkan di klinik setelah ditulis preskripsi oleh Medical Officer. Itu lain cerita. Dibawah ni link berkaitan kenapa tidak boleh beri anak makan. Berbuih mulut misi pesan. Naik cramp jari menaip pesanan demi pesanan. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2338658509478418&id=100000028740033 2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1551901468154130&id=100000028740033 Ini merupakan tulisan berkaitan bayi dan pemakanan sewaktu usia mencecah 6 bulan keatas. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1931529116858028&id=100000028740033 Tolong jadi ibu yang berilmu. Jadi ibu yang tahu apa yang terbaik untuk anak. Sudah-sudahlah #ibumuda #ibupertamakali Dengarlah #ibutua ni nasihat adik-adik oii. #BelNawhen

Allah. Orang lain tu mengalah doktor yg belajar bertahun lamanya. Awal sangat tu sis. Rujuk dr terlebih dahulu ya. Susu sudah cukup utk anak sis. Dont worry ya. Ada bayi yg dibenarkan makan ketika umur 4 bulan tapi ini atas saranan doktor ya. Bukan suka2. So sis pegi rujuk dr terlebih dahulu ya😘

Ni dah kenapa ni.... Awal lagi tu. Cuba bawa bersabar. Keperluan baby untuk umur ni hanya susu sahaja. Anak ada bagitahu nak makan ke? Siapa yang pandai sangat tu cakap nak tunggu 6bulan tu lama? Doc? Ikutlah guideline yang diberikan, banyakkan membaca, gali ilmu dari main tanya je.

sape la yang cacat otak cakap lama sangat nak tunggu 6 bulan tu. lucu betul. harapnya sis boleh rajinkan diri untuk membaca dan bertanya pada pakar sebelum nak dengar cakap orang yg tak berkelayakan. kesian baby tu nanti

anak sy full bf sampai 6bulan Alhamdulillah sihat2 je.skrg ni anak ke 3 nk masuk 3bulan full bf juga,lepas 6bulan baru bg makan.. kalau berat anak ok x perlu risau,susu sahaja mmg cukup utk baby.

awal sangat tu. tkde lamanya nak tunggu sampai 6 bulan. biar la tunggu lagi 2/3 bulan drpd mendatangkan kemudaratan dkt baby.

Awal sgt tu nk bg mkn.. sakit usus dia nti

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan