Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum, Mcm mana nak buat ye bila dapat kesan tombong / prolapse uterus lepas beranak? Tgh dalam pantang lagi ni. Dah stage 2 rasenye.

6y ago

Waalaikumsalam, Hi Puan, jika masih dalam 'confinement period', teruskan untuk berehat dan elakkan terlampau banyak pergerakan berat, pengambilan makanan jenis serat juga penting untuk melancarkan proses buang air besar. Kerana jika proses buang air besar terganggu/sembelit, puan akan memberi lebih tekanan kepada kawasan uterus, seterusnya keadaan prolapse akan lebih teruk. Saya juga galakkan puan untuk lakukan senaman kegel setiap hari untuk kuatkan bahagian otot pelvik dan beri support yang baik kepada uterus.