Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doctor. Alhamdulillah Saya baru bersalin 10/3/2020. ELLSCS becoz Ada 2 previous scar. Tp blm ikat. After operation doc inform rahim melekat terok. Soalan saya bolehkah mengandung lagi dgn keadaan rahim dan berapakah jarak yg selamat untuk mengandung anak ke 4(sekiranya boleh)

6y ago

Waalaikumsalam, Hi Puan, jarak tahun yang sangat digalakkan untuk bersalin adalah selepas 2 tahun, kerana kebaikan kita menjarakkan tahun kelahiran (family planing) adalah untuk memastikan otot lantai pelvis puan, kawasan rahim bersedia dan pulih sepenuhnya untuk menampung kembali proses kelahiran seterusnya Untuk kes puan, pemeriksaan berkala perlu dilakukan untuk memastikan rahim dalam keadaan yang baik dan kuat. Lagi-lagi jika memang merancang untuk kelahiran seterusnya. Digalakkan juga untuk puan refer dengan dr yang sama untuk check up & maintanance keadaan rahim puan.