Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr, ada senaman untuk memudahkan bersalin tak? Normal ke masa contraction sakit tulang pengkal paha? sakit tulang yang sangat2, perut dan pinggang tak sakit, tapi bahagian tu sakit sangat. pengalaman masa melahirkan anak sulung, serik dengan sakit tu. Nak tahu kalau ada senaman kurangkan sakit bahagian pengkal paha tu. tq dr.

Baca lagi
6y ago

Hi Puan, Senaman yang kita galakkan untuk memudahkan proses bersalin adalah breathing exercise dan juga senaman kegel. Breathing exercise terbukti untuk membantu relaksasi pernafasan, relaksasi tubuh badan dan juga mengurangkan rasa kesakitan. Senaman kegel pula membantu untuk menguatkan otot lantai pelvis dan sentiasa bersedia untuk 'dilate' dengan lebih baik dan flexible ketika kelahiran bayi seterusnya mengurangkan risiko koyakan perineal dan epiostomy. Untuk kesakitan di pangkal rahim, puan boleh minta bantuan suami untuk lakukan 'relaxation massage' di kawasan tersebut.