Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy nk tanya, sebelum ni sy prnah lumpuh dan mngalami masalah slip disc, saraf tunjang cedera dan scoliosis. Sekarang sy pregnant twin 3 month. Adakah saya akan mngalami sebarang masalah apabila mncecah 6-7 bulan? Sebab sekarang ni pun belakang saya rasa mcm patah. Trlalu sakit. Kaki pun mula lemah balik.

Baca lagi
6y ago

Hai puan, Bila mencecah 6-7 bulan, terdapat perubahan pada tubuh puan terutamanya perut yang dah semakin membesar. Hal ini dapat memberikan tekanan yang banyak terhadap otot lantai pelvis puan dan jika otot ini lemah, berkemungkinan otot belakang, otot perut dan otot pinggul akan berkerja lebih banyak dan seterusnya boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang. Lebih-lebih lagi sebelum ni puan sudah ada sejarah slip disc dan scoliosis yang mana otot belakang puan pernah lemah. Oleh itu, saya sarankan untuk puan melakukan senaman Kegel secara kerap bagi menguatkan otot lantai pelvis dan mengelakkan sakit belakang.