Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum, saya nak tanya tentang keputihan, normal ke kalau tengah mengandung keluar keputihan yang sangat banyak, dan juga kegatalan dan terasa sedikit kesakitan?

6y ago

Waalaikumusalam, Keputihan terjadi bagi membawa keluar sel-sel mati dan bakteria daripada tubuh untuk memastikan kebersihan vagina dan mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini. Perubahan pada bahagian serviks semasa kehamilan turut memberi kesan terhadap keputihan.Apabila bahagian serviks dan dinding menjadi lembut, tubuh akan menghasilkan lebih banyak cecair keputihan bagi membantu mengelakkan sebarang jangkitan. Jadi, ianya normal jika berlaku peningkatan cecair keputihan sepanjang tempoh kehamilan. Terdapat juga keputihan yang tidak normal kerana mungkin menjadi salah satu tanda jangkitan. Jika puan dah mula ada rasa gatal dan sakit, ianya mungkin permulaan untuk simptom jangkitan. Saya sarankan untuk puan berjumpa doktor bagi mendapatkan konsultasi dan mengelakkan simptom menjadi lebih teruk.