Alahan mengandung

Hai assalamualaikum skrg saya 8weeks mengalami alahan yang teruk sampai tak boleh bangun. Tak larat dan hanya terbaring je sebab sakit kepala pening kepala senak perut loya dan mual yang keterlaluan. Ubat dari klinik (swasta dan juga kerajaan) tak ada yang serasi. Berat dah turun se KG dan dah drip air sebab dehydrated. Makin kerap muntah awal pagi 3am 4am macamtu. Tak laratnya rasa😭😭 menggigil pun ada macam tak sedap badan. Selera makan semua jgn ckp mmg drop habis. #pleasehelp bantu saya ya. Thank you

Alahan mengandungGIF
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Masa anak first saya alahan sangat2 teruk. Minum air pun keluar balik. Sampai kena tahan wad masuk air dalam badan. Muntah2 je. Sampai lembik betul. Sampai 4 bulan baru okay. Masa anak kedua pula, ada alahan, tapi masih boleh minum air tapi sejuk sahaja. Tak boleh makan nasi dan lauk2. Roti dan makanan yg berasaskan tepung je boleh saya telan. Muntah2 tu ada tapi tak seteruk masa pregnant first baby.

Baca lagi