7 minggu - ibu makan banyak

Hai.. ada tak ibu yang gemuk selepas mengandung? Saya alhamdulillah sejak tahu mengandung tak ada alahan.. muntah tak pernah.. spotting tiada.. tapi selera makan macam bela saka. Celik mata je lapar.. 4 pagi, 4 pagilah kena makan at least buah atau roti. Ni sy timbang berat seminggu naik 1 kg. Sy belum buka buku pink lagi. KK bagi tarikh week 10 nanti. Tapi, sy dh dpt jangka kalau beginilah tabiat makan saya.. mesti kena marah nanti 😂 Help.. mcm mana nak control makan. Tak makan risau mengganggu baby nak membesar. Saya pun lapar juga 😅.. kalau makan dah berat nau ni. Week 7 org dh sangka ada baby bump. Padahal buncit. 🤣#firstbaby #ingintahu #pleasehelp

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hehe syukur lah takde alahan. Seksa ooo. Kalau ada selera tu makan je, cuma tukar sikit tabiat makan. Makan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Banyakkan lagi buah & sayur. Kalau nak snacking tgh malam, cari yogurt, susu, kacang, buah, dried fruits ke macam kurma, aprikot. Lebihkan jugak makanan bersup, bakar, steam yg lagi sihat dari bergoreng atau minyak. Kena jaga jugak portion nasi/roti dan semua carbo takut nanti sangkut gdm lagi susah

Baca lagi