INDUCE LABOR

#firstmom #firstbaby Hi mommies, siapa ada pengalaman induce, boleh share sikit tak? esok dah kena serah diri kat hospital 🥹

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi, saya bersalin paksa at 40 w 1 d. Asbab bersalin paksa sebab doktor bagi pilihan nak tunggu turun tanda atau serah diri. Due saya 13.3, bersalin 14.3 14.3 - 7.30 pagi saya terus ke bahagian emergency hospital yang saya nak bersalin untuk warded serah diri walaupun tak ada tanda. 8.00 pagi terus masuk labour room untuk induce (saya bersalin swasta) 8.30 pagi doktor check bukaan rupanya dah 2cm. Doktor masukkan ubat pertama (induce belon) masuk melalui vagina. Kena baring sejam selepas masuk ubat. 9.30 am - contraction dah start ada tapi tak sakit. Sekadar mengeras. 10.30 am - 5.30 pm - contraction semakin kerap dan semakin banyak tapi masih tak sakit. Jadi misi risau tak ada bukaan. 5.30 pm - doktor datang check bukaan dah 3-4cm. Doktor pecahkan ketuban. As soon as doktor pecah kan ketuban contraction tadi terus rasa kuat. Tapi masih boleh senyum dan gelak ketawa dengan husband. 6.30 pm - 8.30 pm - contraction semakin kuat dan sakit saya control dengan penafasan. Misi offer untuk ambik ubat tahan sakit. Mula mula saya reject. Tapi diorang tetap bagi jugak sebab tengok saya tahan sakit sangat sangat macam bukaan dah banyak. Tapi check bukaan masih 4cm-5cm. Tapi ubat tahan sakit tak function, sakit semakin kuat. 8.30 pm - contraction semakin kuat, misi offer untuk ambik gas. Saya try tapi tak function jadi saya reject. Saya rasa better without gas jadi saya pilih tahan sakit sendiri dengan istighfar dan tidur in between contraction tu. Masa ni check bukaan dah 6-7cm. 9.30 pm - saya bagitahu misi rasa macam nak terkentut nak terberak. Misi check bukaan dah 9cm. 9.44 cm - bukaan dah tepat tepat 10cm. Misi call doktor. Misi cakap kalau nak teran boleh teran. Untuk bagi dia turun. 9.55cm - after 10 minit meneran, keluar baby boy seberat 3.22kg alhamdulillah. Sebenarnya pukul 10pm tu sepatutnya doktor masuk check bukaan dan masukkan ubat kedua. Tapi alhamdulillah saya dah bersalin atas izin allah hanya dengan sekali saja ubat. Itupun sakitnya tak kuat seperti yang sangka. Yang lebih sakit tu bila ketuban dah dipecahkan. Selamat berjuang sis, in shaa Allah dipermudahkan

Baca lagi
1y ago

ada masalah apa ye sis smpai kne buat pilihan turun tanda @ serah dri.. saya due 18/3 xde tanda jgk..tarikh serah dri kelmarin 19/3 tp dr sruh balik semula..die ckp tnggu 6 hari lps due bru dtg hospital..die bg tarikh 24/3 pulak serah dri..