91 Balas
Sy 20/9 baru ni kene minum air gula 15 weeks sebab BMI x balance. Dpt no 2 utk minum air gula. So panas2 tu sy minum sekali teguk. Sebelum tu selawat 3x. Mcm sy, sy bayangkan tengah minum TEALIVE sebab manis die pun lebih kurang je 🤣. Mula2 ting tong gak. Tapi sy tunggu dlm kereta then tido. 5 minit sebelum 2 jam bangun then terus g masuk klinik balik amik darah. Doakan supaya sy bebas kencing manis yea mommie semua. Hehehhee....
ni yg sy buat la..minum smbil ttup hidung..baru xrasa sgt kemanisan dia tu..lps dh minum,msuk dlm keta,rehat..jgn byk gerak..sbb klau byk gerak mmg akn rasa loya nk muntah..lps minum tu kumur2 mulut dgn air..bg x melekat rasa manis dlm mulut..sekian..sy baru lps minum hari jumaat haritu..nasib baik xmuntah..
Sy haritu doktor suruh puasa start 10 malam pastu pagi tu g kk dia bg air gula dlm 8 pg gtu lepas ambik darah. Rasa dia? Entahlah sbb bagi sy sedap je 😂 kan rasa gula maybe sbb sy mmg minum air manis kot rasa sedap mcm nak lagi pun ada. Mmg xmuntah sbb puasa kan.
sy minum ok je sis.. kwn2 kate rase teruk tp sy rase ok je.. manis tu mmg la manis tp ble sis dh set mind sis, in sha Allah ok.. sy minum hbs segelas xsmpi seminit.. n alhamdulillah lps tu xde pening2 atau ras enk muntah pn.. sis kene set mind kate utk kesihatan dr n baby..
Macam saya haritu datang klinik awal so orang pertama yang dipanggil untuk minum air gula yang masih suam2 dan tak likat sangat. Pastu puasa jangan makan dan minum pape lepas pukul 10 malam tu. Esoknya cepat je habis minum air gula tu sebab dah haus sangat 😅
1st time minum weeks 26 weeks. masa tu tgh batuk teruk. pagi2 sampai tu dpt jenis gelas plastik tp panas2 suam. dpt je minum terus tak tunggu. berenti kejap then sambung sbb panas. rasa dia sebijik mcm air gula kita bancuh kt rumah tgh2 panas tu. 😂
Saya ada baca dalam artikel kalau tak nak bagi rasa muntah masa minum air gula , start puasa dari jam 10 malam tapi boleh minum air cuma puasa makan je . Esok minum air gula dengan perut kosong , InsyaAllah boleh kurangkan rasa nak muntah :)
Sy bru minum rabu lps 12week.. Kalau mmg jenis ske manis2 ok jer minum air tu sedap.. Cuma hjg2 cawan kne laju sikit sbb pekat.. Jgn pkir muntah pkir kuat untk bby.. ☺️ Sedia kn minyak angin n cri tmpt sejuk sbb lps tu akan rsa pening2..
Alhamdulillah ok je. Sy minum yg original & dpt yg suam2. Mmg mindset xnk muntah + masa tu sy 28w so xde loya. Puasa dr pukul 10 mlm, 9.45 pagi baru dpt minum air gula. Rasa lega sgt minum sbb perut dah start lapar 😅 Syukur semuanya ok.
Selalunya kalau 1st tmester kena minum air gula, mmg tekak meloyakan. Nak pulak tengah alahan time tu😅 sy minum, tp termuntah. Time tu mmg masuk makanan apa² pun tetap keluar balik. Cuma tu la. Tetap sangkut gdm. On diet smpai sekarang.
Bsp mmg akan di buat 2minggu skali atau bergantung nurse suruh bila. Buat sampai bersalin nnti. Sbb dah sekali sangkut kan.😅😅 Yg mana xsangkut, nanti akan repeat minum air gula lagi pada minggu 27 macam tu la. Kalau lepas, alhamdulillah. Kalau tak, kena on bsp macam kita juga sampai bersalin😂
Fara