Saya faham perasaan anda semua

Hi! Disebabkan isu ni berlarutan harini sampai ada yang salah faham semua 😂 As TTC jugak tapi dah berjaya pregnant, saya cuma nak cakap yang simptom ovulation, period & pregnant memang similar tau. Memang susah sangat nak trace sama ada period atau pregnant. Saya pernah delay period selama 3 minggu, end up upt -ve selang beberapa hari dah period. Hormon saya tengah tak stabil. Sesetengah orang masa ovulation pun akan jadi benda tu jugak. Sis rajinkan search dekat tiktok apa simptom ovulation. Sebab kadang tanya dalam ni mmg mengundang kecaman sebab susah org nak faham perasaan takut kita as ttc ni untuk buat UPT. Kadang sampai phobia nak buat UPT. Apa apa pun, sis tunggu la delay period seminggu baru test supaya tak membazir upt ye. 2-3 hari selepas period tak mungkin akan jadi +ve, maybe tu sis tengah ovulate. Dah boleh bersama dengan suami ye. Tapi kena take note jugak, tak semestinya delay period tu dia jadi pregnant. Mungkin delay sebab hormon/lifestyle berubah contoh makan makanan tak sihat ke pada bulan tu atau maybe sis stress. Sebaiknya kalau nak check upt tunggu dalam delay seminggu ke atas. Probably masatu kalau pregnant, memang dah +ve. Boleh guna brand dip n tell dulu sebelum beli clearblue nak elak pembaziran. Semoga ada rezeki sis sis semua untuk pregnant yaaa 🤍 Tips dari saya yang TTC, memang kena kurangkan stress (walaupun hakikatnya stress menunggu double line) its okay to enjoy your "honeymoon phase" bersama husband. Sebab masa saya TTC dulu, i received a lots yang cakap "sementara berdua ni, enjoy dulu dgn husband. Nanti ada anak, cara akan berubah semua" yess saya ikut semua, enjoy our honeymoon phase tanpa stress, doa usaha tawakal jugak Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Untuk orang yang reply dengan kecaman, Kalau takde benda baik nak cakap just scroll up. Tak perlu reply, tak perlu amik tahu. Kat dalam ni ada banyak lagi soalan yang awak boleh reply. Kalau posting someone tu buat anda marah atau emosi, ingat satu je....kita takde dekat tempat dia

1 Balas

Hi! No hates ya, just my opinion. upt ni asas dlm ttc, bila lewat period kita mesti dah terfikir mcm2 "eh lekat ke?" "mengandung ke", jd utk tak kusutkan fikiran dan buat kepala stress just kuatkan je hati utk test upt utk tau samada u pregnant or tak. tak guna kalau berteka teki benda yg kita sendiri pun tak tau apatah lg org lain. fobia mmg fobia, trauma mmg trauma tp ttc sgt perlukan mental yg kuat, nnt dah ada anak lagi perlukan mental dan physical yg kuat sbb anak2 makin membesar. Buat ttcian kuatkan semangat ya, moga ada rezeki zuriat utk kita nnt. Aamiin ♥️

saya setuju . macam saya , saya terlalu takut untuk check upt sampai saya taktau masatu saya tengah pregnant . saya sangat lasak dan cuba untuk puasa full walaupun badan sangat tak larat . and end up saya miscarried . soo nasihat saya sebelum menyesal macam saya better kuatkan hati tok check upt . sampai ke hari ni saya rasa sangat menyesal ikutkan sangat perasaan takut tu . sebab perasaan kehilangan sesuatu yang kita tunggu lama tu lagi sakit

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan