Disclaimer : Saya bukanlah seorang doktor tetapi saya seorang guru.
Tahun 2020, virus H1N1 A tersebar meluas dan semakin bercambah. Selain daripada mengelak mengunjung tempat awam. Anda juga boleh cuba tip-tip dibawah.
Tip-tip berguna ketika demam dan selsema :
1. Minum jus yang penuh sitrus dan vitamin C
2. Otot lenguh? Tidur adalah ubatnya.
3. Rajinkan diri buang hingus dan kahak bagi mengelakkan kesukaran bernafas.
4. Selalu minum air kosong tapi jangan terlalu banyak sehingga air kencing menjadi jernih. Air kencing jernih tanda belum sempat diproses oleh buah pinggang.
5. Cuba ubah makan makanan pejal seperti nasi kepada bubur nasi tetapi jangan bubur nasi kosong. Tambah dengan apa sahaja lauk kesukaan anda.
6. Hirup sup ayam atau ikan atau daging yang dimasak hanya dengan 3 bahan sahaja iaitu bawang putih, halia dan sedikit garam.
7. Bagi melegakan tekak yang perit kerana selsema dan batuk, cuba cari tablet yang mengandungi sikrosa seperti gula-gula Hacks atau Kiss Me.
8. Jangan biarkan diri anda tidak mandi. Jika rasa panas, mandi. Tuang air dari kepala ke kaki. Mandi akan menyejukkan tubuh dan mengurangkan haba.
9. Biasa tuam tuala basah ke dahi? Jika rasa rimas, tepek sahaja Kool Fever.
10. Biarkan diri anda berpeluh. Berpeluh itu bagus kerana ianya menyejukkan tubuh.
Semoga bermanfaat!