5 Balas

By Dr. Imelda:- Setiap kali musim durian, mesti ada ibu hamil dan ibu baru bersalin tanya boleh ke makan durian? Jawapan saya ialah sama juga untuk orang yang tak hamil dan tak bersalin. Selagi tiada food allergy kepada durian, durian itu bukanlah racun. Boleh je makan. Durian itu salah satu buah-buahan semulajadi kurniaan Tuhan yang ada pelbagai khasiat. Yang anda patut pantang ialah asap rokok, minuman beralcohol, vape, hisap ganja, junk food, suplimen berlebihan yang anda tak perlu, produk-produk overclaim. Tetapi anda semua tiada alasan nak melantak durian dan bersifat tamak haloba. Kalau nak sihat, makanlah berpada-pada dan bersederhana, tidak kira anda tua atau muda, mengandung atau tak mengandung, baru bersalin atau tidak, lelaki atau perempuan, gemuk atau kurus. Sama saja. Makan sikit-sikit dan kongsi dengan orang lain. Jangan kata, kalau anda orang sihat yang tiada penyakit maka anda boleh makan banyak-banyak. Tak boleh juga jika anda nak kekalkan kesihatan anda. Sama saja. Makan sikit-sikit dan kongsi dengan orang lain. Tak salah makan durian. Apa-apa pun, makan banyak-banyak berlebihan yang jadi bahaya untuk kesihatan. Yang penting, belajar kawal nafsu, pilih makanan sihat dan jangan lupa exercise. The dose makes the poison. Kaaaannnnn.

sye teringin nk mkan tpi mak n mak mertua mmg xbgi lngsung sentuh durian. so sye pon xberani amek risiko . lain org lain badan .apa2 pon jgn brlebihan la kot. pernah je baca org mkn durian ,baby terus xgerak .kte mngkin ok tpi baby kt dlm xtahu apa die rasa. risau

TapFluencer

Saya pon hantu durian, tapi lepas baca satu artikel tu makan durian non stop punca bayi mati dalam kandungan. Saya terus takut dh nak makan. Setakat 2, 3 ulas je.

saya pun mcm tuh juga, tapi utk hari2x ni okay ke?,

VIP Member

Moderate intake. Any risks tanggung sendiri. Baca posting dr. Imelda, dia baru je ulas psl makan durian ni.

ada baca rituh, tapi kalau kata hari2x ni yg confuse sikit.

sy mkn seulas je xbrni mkn bnyk

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan