Info HB rendah semasa hamil

Cara mengatasi Hb rendah  Banyak mengambil makanan yang mengandungi vitamin B12, asam folat, vitamin C (Rujuk: Vitamin C sustained release dan keistimewaannya) dan zat besi (Rujuk: Vitalea iron formula dan keistimewaannya) seperti bayam, brokoli, kacang, asparagus, jagung, jeruk, anggur, pisang, jambu biji, betik, mangga dan sebagainya. Hindari makanan yang dapat mempengaruhi penyerapan zat besi dalam tubuh iaitu makanan yang kaya serat dan kalsium seperti susu, coklat, minuman yang mengandungi bahaya kafein dan sebagainya. Hindari pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi antasida dan fosfat.  Dapatkan rehat yang cukup Melakukan sukan atau senaman yang teratur.   Perkara penting yang perlu diingat adalah, kadar hemoglobin (hb) yang rendah adalah disebabkan beberapa faktor. oleh itu, langkah yang paling tepat adalah dengan mengambil ubat atau vitamin pada penyebab rendahnya hb tersebut pada diri masing-masing. misalnya, jika faktor yang menyebabkan hb anda rendah adalah pendarahan, maka penyelesaiannya adalah cari cara untuk hentikan pendarahan tersebut, bukan mengambil ubat menambah darah semata-mata.     Begitu juga, jika hb rendah disebabkan anemia, maka ambillah makanan penambah darah atau jika perlu pemindahan darah masuk.       Jika hb rendah disebabkan kekurangan zat besi, maka sebaiknya anda mengambil makanan yang banyak mengandungi zat besi seperti bayam

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tq for the info..nsb la skrg sy jenis gila mangga 😅