Sudahkah ibu bersedia untuk bulan puasa?

Bulan puasa lagi berapa hari je lagi. Sudahkah ibu2 bersedia untuk menyambut bulan puasa ni ? Sudah tambah ilmu ? Ibu yang menyusu baby sepenuhnya (bawah 6m) diberi keringanan untuk tidak berpuasa. Tapi harus diganti ye. Bagi ibu2 menyusu baby atas 6m, pastikan minum air kosong secukupnya sekurang2 3liter supaya susu tak drop. Makan makanan seimbang semasa sahur & berbuka. Kurma bagus untuk susu ok Ibu2 lain juga bole berkongsi pendapat 🤗 Selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa semua #bulanpuasa #penyediaanbulanpuasa

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Terima kasih perkongsian. Saya sarat hamil semasa Ramadan ni. Insya Allah... Mudahan Allah kurniakan kekuatan untuk saya dan semua ibu2 menjalani ibadah puasa. 🤲🌻

3y ago

moga dipermudahkan ye sis. banyakkan minum air masak. kurangkan air manis waktu sahur. makan/minum bijirin waktu sahur supaya lambat lapar. nasi jangan skip waktu sahur. jika baby kurang gerak, ibu cuba ubah posisi dahulu dari baring ke duduk atau duduk ke baring. jika masih tiada pergerakan dan ibu khuatir, diberi keringanan untuk berbuka ye