Apa yg perlu dibuat jika mengandung anak luar nikah? Boleh share pendapat para ibu bapa luar sana

Boleh share bagaimana anda buat jika mengandung anak luar nikah? Bagaimana jika digugurkan? Apakah risiko?#bantusharing

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

pendapat saya, teruskan dengan kandungan ini dan jangan gugurkan. anak itu tidak salah apa2. Pn boleh segera ke KK dan buka buku mengandung, dan buat checkup setiap bulan. KK akan kategorikan Pn sebagai ibu tunggal. Ketika bersalin, Pn boleh lahirkan di hospital dan jika Pn ada maklumat bapa, boleh diletakkan dalam sijil lahir. Jika pn beragama Islam, anak tidak boleh dibinkan kepada ayah. Jika Pn dibawah umur, perlu ada waris (mak ayah / sedara) jika hendak keluar hospital. Jika Pn tak nak jaga bayi tersebut, serahkan ke baby hatch berdekatan ataupun cari ibu ayah angkat untuk bayi tu. Yg paling penting, tolong bersalin di hospital, bukan di rumah kerana sijil lahir sangat penting, jika tidak bayi tersebut akan diiktiraf sebagai bukan warganegara kerana tidak tahu siapa ibu atau ayah bayi.

Baca lagi
4y ago

jika Pn ada masalah kewangan/emosi ketika mengandung dan ingin meminta bantuan, boleh rujuk FB syed azmi. dia adalah sukarelawan dlm memperjuangkan hak kanak2 dan remaja. Jika Pn nak tempat berlindung sehingga kelahiran, boleh rujuk FB rumah bonda. Pemilik Rumah Bonda kawan Syed Azmi. nanti saya share link fb beliau. Apa2 pun saya doakan semoga urusan Pn dipermudahkan.

FB Rumah bonda

Post reply image

Fb syed azmi

Post reply image