13 Balas

boleh baca penerangan ni dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. BAYI MENIARAP MATI MENGEJUT! “Eh Limah, kenapa letak baby ni telentang macam ni, nanti tersedak susu! Cepat tiarapkan dia” jerkah Mak Jah pada menantunya. Halimah terpinga-pinga. Kalau ikut apa yang jururawat di Klinik Kesihatan kata, meniarap bagi bayi sekecil ini adalah merbahaya. Bayinya baru berusia 2 bulan. “Tapi bu, jururawat kat KK kata bahaya meniarap”, ujarnya. “Aaah, diorang tak tahu tu. Mana logik. Terlentang macam ni senang la dia tersedak susu. Lagipun anak-anak ibu masa kecil semuanya meniarap, lagi lama dan selesa diorang tidur”, kata Mak Jah. Halimah serba salah. Dek menghormati pengalaman ibunya, dia turutkan sahaja. Bayi sulungnya itu ditiarapkan. Beberapa jam kemudian. “Ibu!!! Alif tak bernafas ni!!!” jerit Halimah. Anak sulungnya itu biru dalam buaian. --------------------------------------------------------------------------------- SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian bayi berusia bawah satu tahun secara mengejut. Kejadian ini dikenal pasti sejak dahulu lagi dan pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor penyumbang kepada kejadian ini. Sebelum 1990an, pengasuh dan ibu digalakkan meletakkan bayi dalam kedudukan meniarap. Ini berdasarkan pemerhatian mereka bahawa bayi lebih mudah tidur dalam keadaan meniarap. Malahan, pada zaman itu, tiada banyak kajian dijalankan. Kebanyakan ibu dan pengasuh mengikut logik mereka di mana jika bayi tidur dalam keadaan meniarap, risiko tersedak susu adalah lebih rendah. Namun, selepas pelbagai kajian dijalankan, semuanya menunjukkan bayi yang dibaringkan dalam posisi meniarap, mempunyai risiko kematian mengejut (SIDS) lebih tinggi sebanyak tiga kali ganda. Pada 1994, American Academy of Paediatric telah menganjurkan satu kempen kesedaran “back to sleep” yang mana menyuruh bayi ditidurkan dalam keadaan menelentang bagi mengurangkan risiko SIDS. Selepas kempen ini dijalankan, dunia memerhatikan pengurangan mendadak dalam insiden kematian bayi akibat SIDS. Ini menunjukkan memang benarlah posisi tidur meniarap meningkatkan risiko kematian bayi. SIDS umumnya berlaku pada usia 2-4 bulan. Ianya lebih kerap berlaku pada bayi lelaki. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko kematian akibat SIDS adalah: +Bayi tidur meniarap +Ibu yang merokok semasa mengandung +Kurang atau tiada penjagaan selepas kelahiran +Bayi ditidurkan di atas tilam lembut +Keadaan bilik panas melampau +Usia ibu terlalu muda +Bayi pra-matang atau kurang berat lahir Oleh itu, diharapkan bagi menjaga keselamatan bayi jagaan anda, elakkan meletakkan mereka pada posisi meniarap terutamanya pada usia bawah 6 bulan. Jangan berandaian bayi yang tidur meniarap kurang mengalami masalah tersedak kerana bukti kajian berdekad-dekad menunjukkan menelentang adalah posisi yang optimum.

Anak saya pun tidur menerap dari 2bulan, skrg dah 3bulan. Dia mmg langsung tkboleh tidur telentang walaupun dah bedung, pasang white noise tetap akan tidur tak lena siang malam sbb mudah terkejut. Bila tidur tak cukup, mula la meragam menangis sbb overtired. No choice mmg kena bagi dia tidur meniarap, dan dia pun tidur lena. Nangeh mintak susu lepastu bagi menerap balik terus tidur. Berdoa mintak Allah sentiasa lindungi 🙂

Anak saya skrg 5 bulan gak nak masuk 6 bulan. Dia sendiri akan pusing tidur niarap. Tapi kita kena sentiasa pantau laa. Kalau malam dia tidur niarap memang saya akan alihkan betulkan balik posisi dia. Tpi kadang smpai nngis nk tidur niarap mungkin sbb dia slesa kot. Cumanya mmg kena pantau je dan doa spaya Allah lindungi anak kita.

VIP Member

😭😱🥶 Puan puan kalau boleh jgn biasakan baby tidur meniarap. Sebab pernafasan baby and bahaya untuk baby juga 👶. Biasakan dia tidur melentang (terbaik utk bawah setahun)....atau mengiring....Puan boleh Google posisi tidur baby yang betul Dan selamat Dan yg merbahaya.. ❤️ 💙 💜 💖elak SIDS puan.

Anak saya pun tidur meniarap dari 2bulan sampai 3bulan harini. Bantal memang nipis. Dia dah takmau tidur terlentang, akan terjaga. Mengiring pun senang terjaga. Saya tawakal je moga Allah jaga dia masa tidur. Moga masuk 4bulan dia boleh tidur macam biasa balik

Nak tidur meniarap ni kena ada teknik yg betul dan xblh lama².. bila anak dh lena btl tu, angkat dan kalih posisi dia bg betul.. sbb nt jd habit.. bahaya jugak sis kalau kita xperasan dia tdo tu terhimpap bantal ke.. selimut tebal ke apa..

TapFluencer

baby saya pun sama. suka tidur meniarap. da betulkan dia tidur balik meniarap. saya selalu betulkan. kalau malam tu kene sendal dengan bantal. supaya dia tak tidur meniarap. tak boleh sebenarnya tidur meniarap takut baby tak boleh bernafas

baby dh 5 bulan mcm doc inform since baby habis kuning dh x perlu kejut utk minum susu lg . Tunggu dia bangun or nangis baru sumbat susu . Baby boleh memorize jadual kita buat kat dia . Takut penat kt parents

Baby saya kadang Ada jgk tido meniarap Tapi saya betulkan balik, sendalkan bantal Kt perut Dia. Untuk elakkan SIDS.. Kadang yg 2y pun boleh lemas Bila tido lena smpai tak sedar hidung tertutup

jangan biarkan bby meniarap ..klau tdo senget takpe tpi jgn meniarap..klau bby tgh bgun dri tdur meniarap pun bleh buat menangis smpai jeluak sbb dada dia skit dan sesak

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan