Awal kehamilan

boleh ke makan maggi awal pregnancy? atau ramen ke? makan fast food tu boleh makan tak? ada tak mummy yg boleh tolong listkan makanan yg tak boleh makan? yg saya tahu: 1.makanan mentah/undercook 2.mayonis,susu & chesse yg tak pasturised 3.makanan proses seperti nugget,sosej,daging burger 4.buah tajam &muda seperti nenas,betik muda 5.jeruk 6.makanan terlalu pedas 7.cuka 8.sayur mentah/ulaman yg tk dibasuh bersih 9.kurangkan pengambilan kafein sprti teh,kopi, dan koko ada lagi ke? #bantujawab #Needadvice #firstmom

Awal kehamilan
27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau dah teringin , makan jelah sis .. inshaAllah tak ada apa apa tuuu . saya makan jugak meggi masa first trimester .. rebus dulu meggi tu then buang air rebusan pertama .. baru guna air baru .. caffein pun saya minum jugak tapi berpada2 je . tkut hb low nanti ..

Ada saya makan ramen cheese 2 kali masa awal pregnant sbb teringin sangat. Tapi jarak lama lah antara dua tu. Lepas tu sampai skrg dah tak makan (skrg dah trimester 3). Kalau teringin tu mmg tahan jelah hahaha 😆

boleh je sis tp jgn terlampau jee .. mcm sy tiga² pregnnt semua sy bedal 😅 kecuali mknan mentah . mmg dari awl sy xtelan . rase nk mkn . mkn jee . nnti lepas dah bersalin . lmbt plk nk mkn bnde² cmtu 😛

kalau teringin sangat nak makan, makan je la. tapi beringat makan berpada2. tak salah pun sekadar nak lepas tekak. utamakan makanan berkhasiat utk kesihatan ibu dan tumbesaran anak.

boleh je nak makan sis. tpi better elakkan tau. saya pun ada juga makan maggi trimester pertama, kedua kurang sebab macam tak lalu. trimester ketiga skrng pon jrng juga, bila terliur je makan.

seeloknya makan makanan yang berkhasiat & membantu tumbesaran janin.. elakkan makan makan yang segera.. https://my.theasianparent.com/makanan-yang-boleh-menyebabkan-keguguran

boleh je asalkan tak selalu ambil..sy trimester prtma mkn je cm Tu tpi lain orang lain penerimaan badan..dn kena tnya dktor rjin2 tngok info pmknan ibu2 mngdung..

Boleh je makan asalkan tak jadikan amalan. Eat healthy is priority. 1 2 8 tu betul, lain2 boleh mkn tp atas badan masing2 & limitkan pengambilan

Knp nak kena makan mee segera? Makanan berkhasiat dh habis ke dlm dunia ni?

17h ago

Hi, User! Kami menghormati setiap pendapat yang dikongsikan di sini. Namun, mari kita jaga komunikasi agar kekal sopan dan saling menghormati. Tujuan platform ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan cara yang positif. 😊

klau ikutkn xbleh... tapi saya mkn je,sbb rasa teringin sgt...so far xde ape2 yg berlaku...but jgn terlalu kerap laa...