hyeee mommies,korang dh brape week? alahan msih teruk tk? saya dh 10w tpi prut msih bloated dan loya

bloated dan loya teruk

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam, sis. Alahan semasa mengandung memang boleh membuat kita rasa tidak selesa ya. Untuk masalah bloated dan loya, cuba minum air lebih banyak dan elakkan makanan berat atau pedas. Sentiasa makan dalam jumlah kecil dan sering juga boleh membantu mengurangkan rasa loya. Jika masih teruk, boleh cuba produk penyelesaian alahan semasa hamil seperti pil atau teh yang sesuai dengan nasihat doktor. Semoga sis akan bertenang dan dapat melepasi masalah ini dengan mudah. Teruskan usaha dan jangan lupa untuk beristirahat secukupnya ya. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

entahlah..sy je ke yg paksa je makan wlpn mmg xboleh n takde selera makan😅 sbb kalau xmkn sy lg terseksa. sy tak fikir sgt bab mknn tu bagus tak bagus buat masa ni.sy cuma fikir nak survive lapar yg teramat..😅 wlpn sia² je makan.tetap lapar.loya.muntah.sy keep je cari apa boleh mkn wlpn xde selera😅

Baca lagi

saya 10w masih muntah dan loya.. masih study apa yg boleh makan dan tak boleh makan. so far 2jenis mknn sy kena avoid wlpn benda tu fav food huhuhu trpksa avoid sbb nk elak muntah..

Harini 9w5d loya ada sikit itupun kalau lambat makan. Bloated pun ada sikit tp dah tak separah masa 6-8 week. Dah boleh buat kerja rumah mcm biasa. Cuma penat2 mengah tu ada huhu

Saya pun sama.. perut asyik bloated, pening.. ada tak mommies yg boleh share pemakanan utk hilang bloated ni? Sbb saya tak boleh nk makan nasi dari w7 lagi.. tak lalu makan 🥲

saya 9w6d makin teruk alahan, sebelum ni ada pergi klinik doc cucuk ubat tahan muntah sebab makan muntah n minum muntah,kurang sikit, tapi ni jadi balik makan muntah 🥲

sy 10w perut masok angin klau mkn lmbt rasa nk loya bdn2 lenguh rasa nk tido je sepanjang masa . Nak buat keja pun rasa malas betul nak bgun 😫

Sy dah 8w sis, 1st time mommy. So far mmg xde morning sickness, tapi mmg xleh hidu bau masakan sendiri. Perut pun masih bloated gak.

sy pulak awal2 xde alahan,msuk 7mggu dh start alahan,skrg 9mggu makin teruk alahannya huhu..mmg perut rsa bloated je pastu loya

Saya dah 10weeks. Tak leh nak makan sgt. Bila x makan muntah, bila makan pun muntah. Kadang rasa stress sgt sbb xlarat xmakan.