al-fatihah buat anak umi yg umi cintai sepenuh hati umi

Bismillah...allhumma . Berat bahu memandang , berat lagi bahu yang memikul . Al-fatihah buat anak syurga umi yg dicintai selamanya . Umi sedih sebab terlalu cepat kamu tinggalkan umi . Tanpa tanda2 masalah pd kamu , kamu pergi tinggalkan umi & ayah . Umi & ayah menanti kamu hampir setahun . Alhamdulillah . Bulan puasa 2019 , umi & ayah dpt berita gembira dgn kehadiran kamu . Syukur sangat . Namun , perancangan Allah itu lebih besar dari perancangan umi & ayah . Kerana kita semua hanyalah pinjaman semata2 . Terlalu pantas masa berlalu . Cukup 27w , umi & ayah kehilangan kamu . Dah banyak barang baby umi & ayah sediakan utk menanti kehadiran org baru sbg penyeri dalam hidup ini . Umi xmarah kamu . Umi xkesal dgn perancangan Allah . Tp umi sedih.... Umi xdpt peluang utk kongsi kasih sayang dgn kamu . Hanya doa umi kirimkan buat anak syurga umi . Nur zinnirah , tunggu umi & ayah ye . Terima kasih Allah utk segalanya .

48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anak syurga 😍 insyallah penyambut ibu bapa nnt di sana aamiin

Al-fatihah..ank syurga..salam takziah sis umi dan family

Takziah sis. InsyaAllah ada yang lebih baik nanti :)

Salam takziah. Semoga ibu akan terus kuat ya 💕

Super Mum

Salam takziah sis. .moga sis kuat ..ank syurga

Alfatihah untk ank syurga,, salam takziah sis

takziah sis. Al Fatihah untuk baby syurga sis

Salam takziah buat mu .. Semoga tabah ya..

Salam takziah puan sbr byk2 ye😢😢

VIP Member

Innalillahi wainnailaihi rojiun 😢