Kaki kembang

Bila pregnant ni memang kaki akan kembang kan? Kalau dah bersalin nanti dia akan surut tak kembang tu? Berapa lama ye agak agak? Risau raya nanti kaki kembang tak muat kasut 😂😂

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tu sembap tu. Air. Ada yang bengkak sebab urat. Normal je sebab badan nak menampung berat tambahan. Sembap / bengkak tu akan berkurangan n beransur hilang. Masa tidur, letak kaki atas bantal. Tinggikan dari badan. Sampai betul2 surut. Boleh urut slowly. Minta encik abang urutkan. Lama or kejap masa utk surut sembap bengkak tu depends on badan masing2 n usaha diri

Baca lagi

Pengalaman sy masa 38w sy tk boleh berjalan&bergerak. 100% suami uruskan dr bangun, mandi kencing berak. Kaki makin hari makin kembang sampai la 40w sy serah diri 40w2d besalin alhamdulillah boleh bejalan mcm normal sakit tu ada lagi sikit2 skrg & kaki pom dh kejut terus lepas baby keluar, badan terus rasa ringan skrg dh 38hari pantang❤️

Baca lagi

saya pernah kena satu hari je tangan kaki bengkak, menangis sebab cincin ketat sangat pedih, nasib husband saya urut n rendam dalam air hangat2 sikit..dalam sehari dah makin surut..malam tu tido kaki kena alas dengan bantal bagi tinggi sikit..syukur dah tak bengkak lagi😁

depends rasanya. macam saya dulu masa first pregnancy, kaki saya kembang masa nak masuk 36 weeks. lepas bersalin & 2 minggu pertama berpantang, okay dah. tapi pregnancy kalini macam takda tanda-tanda nak kembang lagi. saya dah masuk 35 weeks

saya kaki tak kembang .cuma kaki dan tangan besar dri sblum ni. Sebelum pregnant kasut size 6,masa pregnant kasut sy dah sempit .lepas melahirkan size kaki normal balik.

pgalaman sy masa mengandung xde kaki bengkak..berat badan naik sampai 20kg. tp lepas bsalin esok tu kaki bengkak mcm dlm gambar ni tp sehari je la lepas tu susut balik.

Post reply image

sy mengandung 3 anak tak kaki tak pernah bengkak. sama je mcm sblm pregnant. tp nurse ada pesan,kalau kaki bengkak,masa nak tidur tinggikan kaki sedikit guna bantal.

Sy kaki kembang. Nurse pesan jangan makan masin. Pastu tidur tinggikan kaki. Kaki kembang sebab water retention. Boleh google. Tak semua org kena 😊

Few days after beranak dh susut dah badan tu lagi lagi kalau breasfeed. Cuma nnt satu badan nmpak kusam sikit tktahu kenapa mungkin die mengecut kot.

kaki saya pun sembap. 1 hari dia boleh sembap sampai macam ni 😂 tidur alas bantal, tinggikan dari badan pun tak kurang 🤭 37weeks pregnancy 🥰

Post reply image