Tumpah darah

Betul ke kalau ibu jari kaki terlanggar pape boleh tumpah darah masa pregnant? Sebab orang orang lama selalu suruh jaga ibu jari kaku takut terlanggar pape. Tadi kaki terus terlanggar meja adui risau #ingintahu

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zTUvGwjqxTK1ozqGJDRmmMJj6AdmbF5rKfvCntYKMzZ8YXhSyhoAzHMerqsWGNGql&id=679746658&mibextid=Nif5oz Marilah kita bersama-sama membuang khurafat berkenaan kehamilan dan bersalin. Khurafat 1: Jika ibu mengandung makan mee, nanti talipusat terbelit-belit leher bayi di dalam kandungan Khurafat 2: Semasa mengandung, jika suami memancing ikan, nanti anak di dalam kandungan dapat kecacatan clef lip (zaman dulu orang panggil ini sumbing) Khurafat 3: Kepercayaan kepada kenan sebagai punca kecacatan fizikal bayi di dalam kandungan. Khurafat 4: Semasa ibu mengandung, tak boleh menjahit atau mengait, nanti talipusat anak di dalam kandungan terbelit-belit. Khurafat 5: Jika ibu mengandung mengidam manis-manis, akan dapat anak perempuan tetapi jika ibu mengandung mengidam masin-masin akan mendapat anak lelaki. Khurafat 6: Pedih uluhati bermaksud anak di dalam kandungan akan berbulu atau tumbuh banyak rambut. Khurafat 7: Jika ibu mengandung makan sotong, nanti susah nak beranak. Khurafat 8: Jika ibu yang nak bersalin ikat rambut, nanti jalan tak buka dan susah nak bersalin Khurafat 9: Memakaikan tangkal kepada bayi yang dilahirkan atau meletakkan alat tajam di bawah bantal untuk menghalau gangguan makhluk halus. Khurafat 10: Menanam uri placenta dengan alat tajam untuk menghalau gangguan makhluk halus yang menyebabkan baby selalu menangis. Khurafat 11: Menanam uri placenta dengan alat tulis supaya anak menjadi pandai Khurafat 12: Selepas ibu bersalin, tidak boleh turun ke tanah nanti diganggu oleh jembalang tanah. Khurafat 13: Selepas ibu bersalin, tidak boleh tersepak ibu jari, nanti tumpah darah. Khurafat 14: Berapa biji-biji hitam yang dilihat pada talipusat meramalkan berapa ramai anak ibu akan dapat. Semua tilik-menilik membuat ramalan apa akan terjadi menggunakan perbuatan yang tiada kaitan dengan pengakhirannya ialah Khurafat binti Tahyul. Marilah kita memperkasakan wanita Malaysia dengan ilmu yang betul. Bangkitlah orang Malaysia. Toksah percaya kepada khurafat.

Baca lagi
2y ago

sebab kalau kita terlanggar ibu jari kaki tkut² kita angkat kaki.

xtahu lah....ada ja kenalan dari kwn mak sya...sehari je lagi nak habis pantang,ibu jari kaki tersepak bendul pintu..tumpah darah dan meninggal...mungkin jugak ajal dia masa tu... mak sya pun pesan takut bentan dan kena pantang semula...tapi mksud tersirat tu...jalan tengok bawah,hati² masa jalan dan jangan buka langkah besar²(takut jahitan longgar) ada pantang org dulu yg sya ikut(pantang laksa+pulut setahun)dan ada yg sya xikut(minum air xboleh banyak²)

Baca lagi

Ada betulnya sbb urat ibu jari kaki ade connection sampi ke rahim dr sudut ilmu refleksologi.. boleh jadi, xsalah pon nak oercaya jika ada sebab.. mcm mak saya suruh time pantang pakai stokin bola yg ketat sampai atas lutut.. oh rupanya dlm medic pon kita digalakka. Pakai ted stokin untuk elak darak beku.. sama fungsi dengan stokin bola td.. jd sebelum follow apa2 petua bleh try cri sbb..

Baca lagi
2y ago

yang saya share tentang khurafat semua tu dari page doctor sendiri. page doctor imelda balchin. pakar o&g. yes stokin tu betul. tambah2 utk yg bersalin ceaser. kena pakai stokin tu. utk normal terpulang nk pakai boleh tak pakai boleh. nnt lepas bersalin. doctor akn check utk korek tengok ada drh beku ke x yg tertinggal. kira doctor buang habis. sy bersalin bulan 1 haritu. cuma xbest nya yg buat tu doctor india. dah korek kuku panjang. stress gila. rasa nk sepak doctor tu😩😩😩

tak tahu lah awak sbb saya kiranya banyak kali dah ibu jari terlanggar kerusi dan hari tu saya ada jugak terajang mesin basuh sbb geram sangat dia buat hal😅😅tapi alhamdulillah tak ada ap2... mungkin orang dulu2 pesan takut kita terjatuh dan sebagainya kot atau suruh kita berhati-hati 😊

2y ago

hahahha. adoi. winn ni😂

Bg sy, org dlu2 bg nasihat mcm tu sbb nk sruh hati2 je. Org dlu suka nasihat yg tersirat. Sy mgandung hari tu ade la skli tlanggar kaki meja, Alhamdulillah x de ape yg blaku. Selamat smpai bersalin

i don't know la betul atau tidak. saya pun kadang selalu terlanggar kaki kerusi Alhamdulillah takda bleeding tapi kena hati hati juga lah

sye dri masa mengandung sampai dlm pantang bersalin pantang gugur, byk kali dh terlanggar ibu jari kaki, xde ape mslh pon.

Mungkin jangan terseradung sampai nak jatuh kut . Rasanya kalau setakat terlanggar jari tu mcm tkde kena mengena je 😅

saya banyak kali juga la terlanggar kerusi terlanggar pintu terlanggar katil, Alhamdulillah takde pape

btol sis.. owg kmpung sy da mningal karna tumpah darah...ibu jari dia terkena kerusi kayu...