TANGAS / SAUNA

Bertangas / sauna tu sebenarnya boleh buat lepas bersalin atau penutup pantang ? sbb saya ada terbaca dkt tiktok tak elok buat semasa darah nifas belum kering n sepatutnya buat penutup pantang . sbb biasa kalau nak panggil CL kan diaorg buat tangas atau sauna lepas jee bersalin . bila baca mcmtu dkt tiktok saya jd serba salah pulak nak buat nanti . #seriusnanya #ingintahu #firstmom

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

“Doktor, betul ke lepas bersalin kena buat SAUNA sebab berpeluh banyak-banyak boleh cair kan lemak badan?” Jawapan saya: Adoi laaaaa....mana mai karut-karut ni semua kena buat SAUNA selepas bersalin? Doktor perubatan bagi nasihat, kena minum dengan cukup selepas bersalin untuk mencegah darah pekat membeku pengaliran darah di dalam saluran darah. Inilah venous thromboembolism. TAK boleh catu air selepas bersalin, kena minum dengan cukup untuk MENCEGAH venous thromboembolism. Apasal hangpa nak berpeluh banyak-banyak sampai dehydrated selepas bersalin pulak?? Bukan kah dehidrasi menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan meningkatkan risiko venous thromboembolism?? Adoi laaa, kita kata toksah catu minum air selepas bersalin, depa pi buat SAUNA pulak nak bagi mummies kita dehydrated jugak. Apa daaaaa...Ayoyo...Kadawalley 🤦🏻‍♀️ Tahu tak kenapa selepas bersalin darah menjadi lebih pekat dan ibu-ibu selepas bersalin lebih tinggi risiko venous thromboembolism? Sebabnya ialah semasa hamil, jumlah darah di dalam saluran darah meningkat sebanyak 1.5 litre. Ini ialah perubahan badan yang normal semasa hamil. Untuk wanita yang tidak hamil, rahim wanita tu saiz buah oren hat kecik tu saja, ia menerima pengaliran darah dari jantung hanyalah 80ml setiap minit. Untuk wanita yang hamil 9 bulan, rahim wanita tu BESAR mengandungi bayi 3kg dan uri placenta dan air ketuban sebanyak 700ml, ia menerima pengaliran darah dari jantung sebanyak 800ml setiap minit. Sebab itulah jumlah darah di dalam badan wanita tu akan tambah 1.5 litre bila mengandung. Apa jadi selepas bersalin? Selepas bersalin, rahim tu mengecut. Bila dah mengecut, dan tiada bayi lagi, dia tak perlukan pengaliran darah dari jantung yang banyak kan... Jadi apa jadi kat darah 1.5 litre tu? Nak kena buang lah kan. Bagaimana badan wanita kembali ke normal selepas bersalin? Pengaliran darah yang dulu banyak ke rahim akan tiba-tiba dikurangkan, dan ada lebih darah dialihkan ke bahagian badan yang lain. Sebab itulah ramai ibu-ibu dapat bengkak di kedua-dua belah kaki buat sementara beberapa hari selepas bersalin. Ini ialah perubahan yang normal selepas bersalin dan hanya sementara. Ini bukan bentan sebab tak berpantang naaaaa. Kebanyakan ibu-ibu akan mengalami ini buat beberapa hari selepas bersalin. Hangpa pantang ka tak pantang kaa akan dapat ini juga buat sementara sebab ini ialah perubahan badan yang normal selepas bersalin. Jangan pulak tuduh ibu macam-macam naaaaa. Kemudian air yang berlebihan di dalam badan ibu dikeluarkan melalui air kencing. Selepas bersalin ramai ibu akan perasan kencing yang banyak beberapa hari, dan kemudian bengkak kaki itu akan surut sendiri bila air berlebihan di dalam badan itu keluar melalui air kencing. Tetapi komposisi darah itu bukannya mengandungi air saja kan. Darah tu ada air dan juga sel darah merah. Sel darah merah ni tak boleh dibuang melalui air kencing. Sebab itulah darah ibu menjadi lebih pekat selepas bersalin sebab air yang berlebihan lebih cepat dibuang tetapi sel darah merah yang berlebihan mengambil masa yang lebih lama untuk turun ke tahap yang normal. Buat sementara waktu beberapa minggu selepas bersalin, memang darah ibu lebih pekat. Sebab inilah kita tidak mahu ibu-ibu yang baru bersalin mendapat dehidrasi dari mencatu air atau berpeluh banyak-banyak di dalam SAUNA. Dah cukup dah kena buat susu banyak-banyak untuk bayi pun memerlukan air dari saluran darah. Sebab itulah doktor perubatan beri nasihat minum air yang secukupnya selepas bersalin 2-3 litre sehari, jangan benarkan ibu dapat dehidrasi, dan doktor perubatan menasihatkan ibu-ibu bangun berjalan-jalan untuk membantu pengaliran darah selepas bersalin. Akhir sekali kenapa orang berpeluh banyak di negara panas seperti negara panas Malaysia pun ramai yang ada obesiti kalau berpeluh itu boleh mencairkan lemak?? Sebabnya ialah peluh tidak mencairkan lemak. Exercise yang membakar kalori lah yang mencairkan lemak. Jika badan anda berpeluh sebab anda exercise, barulah anda boleh kurus. Jika anda berpeluh sebab duduk saja di dalam bilik yang panas, anda tak membakar kalori yang sama dengan berpeluh sebab anda exercise. Cara terbaik untuk ibu-ibu yang baru bersalin menurunkan berat badan dan membakar lemak ialah.....Breastfeeding.... Breastfeeding menggunakan 500 Kcal sehari. Air susu ibu mengandungi banyak air, protein dan lemak untuk bayi tau tak. Jika anda catu air atau dapat dehidrasi sebab berpeluh banyak-banyak, macam mana laa nak menjayakan breastfeeding? Ingat tau, jangan benarkan ibu-ibu selepas bersalin dapat dehydration. Kalau berpeluh dengan banyak, minumlah lebih air untuk menggantikan air peluh. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

Baca lagi

tangas / sauna tu tak wajib pon awak. terpulang dekat awak nk buat bila2 pon xpa. dari awak baca dekat tiktok baik awak follow fb doctor imelda balchin. doctor ada share pasal sauna. cuma nya awak kena cari posting tu semula. mungkin dh ke bawah sbb doctor rajin share mcm2 ilmu berguna utk bakal mommy. cara berpantang, pemakanan dlm pantang semua doctor ada share

Baca lagi
10mo ago

most wc☺️❤️

Sye rse bende nie ikut pd keselesaaan awak.. mcm sye amek CL & ade pkej sauna & tangas.. sye try buat sauna tp x selesa panas2.. then sye stop & x buat tangas.. CL pun ok, xde ckp pape..