Teknologi Penjagaan Diri Mewah Dengan Jaminan Perlindungan Dari Sebarang Penyakit

Bersempena November Moustaches, enam orang finalis telah tersenarai dalam kempen ‘’In The Pursuit of Manliness’’. Dengan memanfaatkan platform online, enam finalis ini memainkan peranan besar dalam memperkasakan lelaki dan wanita untuk menyertai inisiatif kesihatan lelaki global dengan mempamerkan seni janggut mereka bagi menyemarakkan kempen ini sepanjang ia berlangsung. Kempen ini memperoleh kerjasama dari organisasi bukan kerajaan iaitu Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM) dengan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kanser prostat dan penjagaan kesihatan lelaki. Seluruh masyarakat juga diminta untuk memuatnaik gambar selfie mereka mempamerkan bulu wajah atau menggunakan aplikasi misai dengan meletakkan caption yang kreatif dan juga tanda pagar #PursueManliness dan #PCSM. Panasonic Malaysia merasmikan program yang cukup ekslusif ini di Nimroc, Maluri dengan turut menampilkan inovasi pisau cukur berteknologi tinggi iaitu Panasonic 5-Blade Lamdash Wet/Dry Shaver With Multiflex 5D Head ES-LV6Q . Apa yang menariknya, program ini turut diisi dengan beberapa aktiviti yang menarik antaranya adalah Slot Bercukur. Para tetamu program menyaksikan enam finalis lelaki berkenaan dicukur bersih oleh peminat wanita mereka. Bukan itu sahaja, 15 peserta yang terpilih berpeluang untuk dicukur oleh tukang gunting rambut yang terkenal menggunakan pencukur elektrik terbaik dan berkelajuan tinggi iaitu Panasonic 5-Blade Lamdash Wet/Dry Shaver With Multi-Flex 5D Head ES-LV6Q. Antara ciri utamanya adalah: -Memberikan pengalaman mencukur secara lembut dan bersih yang tiada tandingan: Sistem potongan 5 bilah pisau dan 5 arah kepala pencukur yang multi flex mengikut bentuk muka dan leher anda. -Teknologi melangkaui batasan: Teknologi pencukuran yang mampu mengubah sendiri kuasa pencukuran. Diperbuat dari Japanese Blade Technology, bilah besi pisau yang tahan lasak, tajam, dan anti karat. - Sangat berkuasa dan tiada kumis lagi: Adanya ultrafast 14,000 cut per minutes (cpm) linear moto, memastikan cukuran yang mantap dan lancar tanpa meninggalkan sehelai rambut walaupun kumis yang nipis. -Bergaya di mana dan bila-bila masa: ES-LV6Q didatangkan bersama Pop up 45 Trimmer dan dilengkapi dengan kunci perjalan pintar (smart travel lock function). Kilauan perak yang sangat menonjol amat sesuai diletakkan di dalam bilik mandi anda. Panasonic 5-Blade Lamdash Wet/Dry Shaver with Multi-Flex 5D Head ES-LV6Q boleh didapati di laman web rasmi Panasonic: panasonic.com.my atau dengan pembekal Panasonic yang sah dengan harga RM 1 225 sahaja.

Teknologi Penjagaan Diri Mewah Dengan Jaminan Perlindungan Dari Sebarang Penyakit
1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Boleh la beli buat hadiah tuk laki 😁😁