Nk tanya barang ape yang kena bawa gi hospital Dan kena beli barang ape untuk kita time gi hospital
Bersalin 20/10

saya bersalin gov, kalau awak takde masalah kesihatan boleh balik je esoknya atau beberapa jam lepas bersalin. setakat ni cuma perlu : - 1 set baju baby untuk discharge hospital termasuk mitten, socks (standby lagi 2 set baju kot dia muntah atau berak ke apa) - sapu tangan baby - pampers - barut - kain bedung baby - minyak telon / yu yee (kot dia nangis sakit perut atau perut kembung. anak saya waktu salin tu lupa bawa dia tak sudah nangis sakit perut. letak minyak baru dia lega) untuk ibu bawa - satu set baju dan kain batik/seluar/ skirt )selesa untuk discharge nanti. sepanjang duduk hospital pun pakai baju diorang jadi tak perlu bawa banyak) - toiletries (towel mandi, ubat berus gigi , pencuci muka, light skincare) - pad / adult diapers (saya pakai adult diapers tak perlu lekat di spender dan mudah bocor) - 1 beg yang sesuai nak letak uri berbalut kain yang hospital provide - seluar dalam bra - socks - tudung selesa nak salin contoh tudung sarung - slippers (selesa nak gerak bawa mandi, aaya suggest slipper getah sarung tu je) - power bank (better standby ni dari pakai charger, easier access) in case baby masuk icu/nicu cuma perlu standby pampers lebih. saya kepilkan gambar yang hospital suruh sediakan ya untuk rujukan. ni hospital sultanah aminah.
Baca lagi


