Bayi 1 tahun 1 bulan tidak mahu berselimut semasa tidur.

Bayi saya pemeluh tapi tidur dengan aircond 20-21° setiap malam. Saya menyelimutinya tapi dia menendang selimut. Tidak mengapakah bayi tidak berselimut? Kami co sleep kerana baby cot di rumah lama.

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ank sy nk msuk 9 bulan pun jenis xsuka selimut. dia suka bebas kaki nk peluk sana sini 😅so malam2 kalau sejuk aircond pakaikan bju tidur tebal sikit. tp mcm sy walau dah pakaikan bby bju tidur tebal pon sy mmg tak tidur sgt.. kerap bangun2 sbb ttup aircond kalau bilik dah sejuk..sambung bukak kipas..jenis sy bukak aircond pon sekadar nk nyamankan bilik je.. kalau sejuk dah hilang sy akn terbangun untuk bukk balik aircond skejap kasi sejuk balik 😂sbb kitorg laki bini anak smua tak tahan kalau aircond direct smpai ke pagi😂😂 mula la selsema . panas sgt pon ksian bby brpeluh. mcm gitu laa tiap malam

Baca lagi

Ok je, ada terbaca 1 artikel mana tah before ni. Baby ni boleh adapt dgn cuaca sejuk. Bila makin membesar, badan dia akan ikut suhu normal which dia akan tau sejuk n panas. Budak2 mmg normal mcm tu, bila meningkat umur, dia tau sejuk, n nak selimut.. anak saya pun bila selimut auto terkejut n melalak. Sepak terus selimut. Skrg biar lantak la nk selimut ke tak. Tapi bila da subuh, baru dia menyelinap masuk selimut

Baca lagi

saya pernah baca 1 artikel, doc kata baby memang cepat berpeluh compare to adults sebabkan a few factors yang parents tak perlu risau. kalau checkup baby sihat je, insyaAllah should be ok. pakai kan baju yang sesuai. anak saya pun 1y 7m tidur dalam aircond 16° tiap malam pun reject selimut kadang2 peluh juga maybe sebab co sleep pun baby tak sejuk sangat sebab tapi pakaikan la pyjamas long sleeve.

Baca lagi
VIP Member

sama macam baby jannah . also sleep dalam aircorn 20-22° . Sis kalau takut dia kesejukan sebab tidak berselimut sis pakai kan dia sleepwear yg sesuai utk sleep dalam aircorn. contohnya sleepsuit cotton lengan panjang mcm baby jannah pakai ni. Cotton tebal skit. Baby jannah pakai blanket tidur. sebab aircorn sejuk kan..takot nnt dada sejuk. or naikkan suhu je.

Baca lagi
Post reply image

sy xpakai kn pon selimut smpi sekarang baby dh usia setahun 11bulan. dari dia baby dia xnk selimut. kalau letak je confirm dia tolak selimut tu keluar. setakat sekarang tanpa selimut alhamdulillah baby okay, aktif mcm biasa.

Takpe awak. Anak saya dari baby tak ajar berselimut, cuma pakai kan pakaian yang sesuai, socks. Dia pun kuat berpeluh, memang tidur ber-air cond setiap hari. Mummy nya pun pakai pakaian tebal sebab taktahan aircond 😭

Pakai kan baju yang sesuai. Baju lengan panjang + Seluar panjang atau pakai sleepsuit. Lps tu bagi pakai wearable blanket macam ni. https://s.lazada.com.my/s.5akm4?cc

Baby sy pon xnak selimut. tpi klau sy rsa kaki dia mcm sejuk skit atau ada hari yg agak sejuk mcm hujan berpnjangan...sy sapu² mnyak telon lpas tu pakaikan stoking.

TapFluencer

Ya anak saya pun sama even dah 3 tahun pun masih taknak selimut. Pastikan bilik tak terlalu sejuk dan pakai kan anak dengan stokin atau baju yang bersesuaian

sama la.. anak saya sampai umur 4 tahun ni x suka selimut.. masa baby pon x suka bedung. habis terbukak bedung dapat kat dia.. 😂