Sembelit? Lactogen

Bayi saya berumur 2 bulan, dia fully fm lactogen. Ini tanda sembelit ka? Perut dia x keras, tapi dia meneran hingga nangis time buang air besar. Tapi dia x meragam lepas buang air tu minum susu pn mcm biasa.

Sembelit? Lactogen
13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sembelit ni, kalau bayi 2 bulan najis masih lembut, tak ketul mcm ni. Make sure awk bncuh susu dgn betul tau sbb susu fm kena bncuh btul kalau x, boleh jd sembelit. Kalau dah bancuh btul tp still sembelit, try tukar susu. Susu fm ni kena bnyk try and error utk tau yg sesuai dgn bayi.

Sembelit ni awak.. Kesian dia.. Pastikan cara bancuh susu formula tu betul taw.. Sbb cara salah pun boleh buat sembelit. Incase kalau dah betul cara bancuh tapi masih jadi sembelit lagi, suggestion sy boleh la tukar susu fm..

VIP Member

Kena cepat tukar susu ya kalau sembelit. Baru baru ni ada kes di clinic, sembelit. Luka di lubang bontot bayi. Dia menangis sebab tu. Dah tukar susu, biasakan berak sehari sekali kalau boleh untuk elakan masalah bila besar nanti

Anak sy pon minum lact mase newborn. Sembelit jgk, 3,4 hari tak berak. Tukar ke s26 pink tu, alhamdulillah smpi skrg da 7bulan ok je. Cube awk lebihkn air sikit. Klau sembelit jg mgkin kne tukar susu.

2y ago

Kalau ikutkan, bayi perlu berak setiap hari sekiranya minum susu formula. Mungkin susu tu tak sesuai dengan bayi puan.

anak saya minum lactogen juga taik bertukar warna hijau pastu tukar dupro elok sampailah setahun sembelit pulak tukar ke dugro alhamdullillah elok je

anak sy pun baru je start minum ni. tapi sy bancuh susu bagi air dia lebih 20ml.. baru anak sy minum.. anak sy baru 3m 27d.. alhamdulilah tak sembelit

sy dah serik bgi ank mnum letogen. umur baru sebln nangis2 msa berak gara2 sembelit. najis siap ada darah. sejak tu sy terus cpt2 tukar susu.

anak saya dulu minum lactogen pun sembelit. kalau sembelit lg cuma tukar susu. takut tak sesuai. kesian baby tu nanti

Boleh try lebihkn air bila bncuh susu.. Bg cair sikit susu tu.. Klau smbelit lg kna tukar susu lain sis

Sembelit. Kena tukar susu. Cari susu yg kurang manis mcm enfalac A+

2y ago

apa kaitan sembelit dgn manis??..haih??