Anxiety Separation

Bayi 1 tahun 6 bulan tidak mahu jauh dari ibu. Apa tips untuk bagi mengatasi masalah ini? Kesian tengok anak menangis tengok saya turun kerja 🥲#firstmom #seriusnanya

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tipsnya awak kena sentiasa berkomunikasi dengan baby. Nak deal separation anxiety ni bukan instant result awak akan dapat. Perlu konsisten dan InshaAllah akan boleh mengatasinya. Antara tipsnya - Always practice saying goodbye. - Validate perasaan anak. Contoh jika waktu tu anak menangis, peluk dan pujuk anak dengan lembut. Bagi tahu mommy nak pergi kerja, nanti mommy balik. Awak mandi, makan, tidur, main. Petang nanti mommy balik kita main sama2. - Nak pergi mana2 sentiasa bagi tahu anak even dalam rumah sendiri. Nak pergi toilet beritahu, nak pergi dapur beritahu anak, nak masuk bilik beritahu anak. Everything kena beritahu anak. Jadikan aktiviti awak tu story telling untuk dia. Ini berdasarkan pengalaman saya dan gather knowledge daripada parenting book. Alhamdulillah untuk saya progress semakin positive. Umur anak kita sama. Anak saya develop separation anxiety masa umurnya 7 bulan. Harap perkongsian saya ini membantu awak 🌹 Boleh refer one of favorite page saya juga regarding separation anxiety in babies https://www.whattoexpect.com/first-year/week-10/separation-anxiety.aspx

Baca lagi
1y ago

Sama-sama. InshaAllah boleh. Don't give up okay 💪🌹