10 Balas

sama dgn sy, hari sy tahu sy dah 4 minggu mengandung, esoknya tahu pulak positif covid. apa apa rujuk doktor, jangan abaikan sakit di awal kehamilan. sy pergi serah diri di emergency sebab bleeding dan demam lg. nak harapkan ahli keluarga tak sanggup sbb masa tu sy sorang aje yg positif, suami pulak pjj.biar org cakap kita mengada ke manja yg penting anak kita selamat. sekarang alhamdulillah dah 5 bulan. dah oke cuma tak boleh buat kerja lasak. semoga mommy dan anak juga sihat aje sehingga kelahiran

saya pon positif covid usia baby 8 minggu. ada rasa lenguh pinggang jugak. demam & batuk2. sye pergi CAC , doktor akan bg ubat yg sesuai utk ibu mengandung makan... tapi sye tak makan pon. risau kat kandungan. panadol sye makan sebiji shj, lepas tu sye stop. banyak minum air kosong baru lega. esok dah tamat kuarantin. skg usia kandungan 9 minggu, nt nak pergi scan. semoga baik2 sahaja. first bby gugur. sis fikir positif je ye, asid folik jangan tinggal. InshaAllah ada rezeki untuk kite semua.

saya baca dalam web kkm kalau pregnant kena pergi CAC dan Dr nilai risiko, baru boleh tau kuarantin di mana..macam saya rasa sihat je, tgk orang lain covid lagi teruk, tp bila Dr nilai, kena tahan wad ibu mengandung.. takpelah sebab setiap 2 jam sekali nurse datang check suhu, tekanan, oksigen, tanya sakit tak, bg ubat semua yg dah sesuai dgn kita yg mengandung..

Haah saya pon begitu jumaat lepas dah habis kuarantin. Tapi tinggal saki baki mcm pernafasan saya jadi semput sikit tak mcm sebelum ni. Mmg ada perubahan sikit lpas kne covid. Hidung saya sumbat time tidur. Kahak pon still ada lagi tapi tak bnyk dah. Haah susah sikit nak tarik nafas kene dalam2. Dia mcm sangkut sikit. Asalkan jgn demam sis, kalau demam susah nanti. Saya nasib baik takde demam. Sis pantau oxygen selalu ye cek guna oximeter yg finger tu. If kurang dari 95 sis kne cepat2 pegi hosp risau sesak nafas or jantung jadi laju mmg kne pegi kecemasan. Ni doktor bagitau saya la masa awal cek ujian saringan aritu. So far alhamdulillah symptom tak teruk tu sbb kuarantin di rumah. Btter di rumah la sis, sbb CAC di hosp ramai sngt org. Risau lagi teruk nanti. If symptom teruk je baru pegi ke hosp ye👍🏻 moga cepat sihat sis, kalau sis dah kne awal pregnancy ni inshaAllah saya doakn takde kne lagi la. Saya pon kne time 29 mggu risau jgk sbb baby dah besar. Doa banyak2 sis, minum air suam/

Semoga baik2 sahaja kandungan awak. Saya positif covid masa kandungan 6w.br 4 hari test upt. P cac kena kuarantin di rumah. Saya memang baring je sepanjang kuarantin. Ada juga rasa sakit pinggang batuk semua tu. Selepas kuarantin mcm ada spotting. 16 ni br appoinment pakar. Harap2 semuanya baik2 sahaja.

Spotting tu mcm mana awk ? Lendir coklat ke ? Sebab saya pun mcm tu , lepas hari ke 4 kuarantin ade spotting

sy kene covid pun start simptom skit pinggang. ingt sbb baby dah mkin berat. ni da hbis kuarantin,skit pinggang hilang. semoga cepat sembuh. direct pergi cac yg brdekatan untuk nilai kesihatan

Sama dgn sy tp sy 19 weeks, positif covid hari ke-4..awk kena selalu cek oksigen, pergi klinik ckp nak ubat yg ibu mengandung boleh makan..semoga cepat sembuh ye

Sy 27 minggu positif dlm seminggu , sehari sy hadap demam sakit badan , tpi sy kuatkan badan mkn vitamin c ,skrng alhamdulilah sy dah sihat dgn izin Allah

saya pregnant 8 minggu..saya pergi hospital terus sbb pergi lepas subuh nak elak bertembung jiran2 dekat lif..boleh jugak call dulu cac tanya..

saya seminggu lepas habis kuarantin br tau pregnant 9weeks

TapFluencer

Shafakillah

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan