pendapat ibu ii

bahaya tak ibu dalam pantang bengkak susu demam. kaki dh strt rse nak kejang bdn rse lemau je, dh pam semua anak pon dh isap tapi still rse bengkak

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jawapan: jika bengkak susu tidak dirawat adalah bahaya. jika smpi ke peringkat bengkak susu awak jadi masititis atau abses. Abses adalah keadaan yang merujuk kepada pengumpulan nanah daripada jangkitan pada payudara kita. manakala mastitis ialah keradangan tisu payudara juga boleh menyebabkan jangkitan. cara nak kurangkan bengkak susu 1) check semula lekapan baby awak. betul tak. kalau awak pump kena check size corong pump awak betul tak. elakkan pump ketika bengkak susu. 2) tuam sejuk sampai awak rasa kebas. kemudian tuam panas. sambil tuam sambil awak massage breast awak (boleh search lactation counselor dkt tiktok ataupon ig. dorang ada ajar cara massage breast). kemudian bagi baby directfeeding ataupon marmet(dpt mengoptimakan pengeluaran susu dan dpt menguranngkan risiko terkena bengkak susu/block duct). bukan sekali buat je. awak kena ulang sampai awak rasa lega. sakit mmg sakit kena tahan. 3) kalau ada lactation massager boleh guna. urut kawasan bengkak susu 4) mandi mengunakan air suam ataupon kalau ada water heater awak boleh mandi guna tu lagi senang. masa mandi massage breast awak. tujuan dia nk melancarkan pengeluaran susu dkt kwsn susu tersumbat. 5) kalau ada panggil tukang urut dtg rumah. minta dia urut tmpt bengkak susu. tp sy ckp siap mmg sakit tp cpt lega.

Baca lagi

mermet, tuam panas+sejuk mandi air suam, bersiram lama sikit boleh pump, boleh juga minta suami sedutkan susu pakai sikat gigi rapat, urut bahagian yg keras susu tersumbat tu tuam sejuk saje pun boleh, sis ambil ice balut kain sikit tuam hari2 saya pernah bengkak susu+demam dlm pantang 2minggu baru hilang rasa keras bengkak susu tu tp demam dlm 3hari saya keep on buat semua tu, sampailah hilang ketulan keras tu rasa penuh je terus mermet atau bagi baby susu kalau baby dh susu, tetap rasa penuh terus mermet sampai breast lembik

Baca lagi
TapFluencer

Hai. Cuba sis buat marmet. Terus jumpa doktor utk sembuhkan demam dan bengkak. Pada masa yang sama kena tuam breast juga.