Baby tak berak beberapa hari

Baby tak berak dah 2 hari. Menyusu seperti biasa, banyak. Kencing juga seperti biasa. Kadang2 muntah tapi tu pun sikit je. Perutnya tak buncit dan lembut je. Saya fully breastfeed. Jadi kenapa ye baby tak berak? Mohon pencerahan

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera, untuk makluman puan, bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan lebih kurang kerap membuang air besar. Hal ini adalah kerana bayi ini hanya minum susu badan ibu yang mudah dihadam dan dalam bentuk cecair. Maka, bahan buangan yang terhasil juga adalah kurang. Anda tidak perlu risau jika bayi anda tidak membuang air besar dengan kerap sekiranya hanya menyusu badan sahaja melainkan terdapat gejala-gejala seperti kerap menangis, perut tegang dan keras, demam, keluar darah dari dubur, kurang kencing dan sebagainya. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
5y ago

Dr kalau baby campur minum susu ibu dan formula tak berak 4 hari tu normal ke? Tpi dia kerap kentut dan kencing..baby baru 2 bulan dia tidak nangis tidak meragam mcm biasa je

Jangan risau mommy, normal je tuu sbb baby full breastfeed. Sy dulu awal2 jadi ibu pon risau jugak, sbb xtaw kan.masa checkup bulanan sy tanya doc & jawapannya its normal.yg bahaya kalau baby minum susu formula tuu tp x berak seminggu..yg tu baru ada problem.. Keep on breastfeeding, mommy 😍

Normal je baby x berak beberapa hr klu fully breastfeed..Up to 10 days masih normal..sebab susu ibu mudah hadam dan lama nak kumpul untuk jd najis..So x pyh risau la..

VIP Member

kalau baby tak berak lebih 2 minggu bawa jumpa doc please. or awak boleh buat senaman pd baby. buka youtube. cara dia senang je. lepas mandi urut ..

Klau fully bf normal sis...Ank sy pn kdg2 4-5hari baru membuang...tny nurse dia ckp ok klau fully bf..yg x ok klau susu fm...

5y ago

Ohho. Yelah tu kan. Ramai cakap macam tu. Huhu terima kasih

baby fully bm normal kalau sminggu x buang air besar.. as long as perut ok, baby x meragam, selesa..

5y ago

samasama 😊

Pernah tanye nurse kat KK , dia cakap kalau fully breastfeed mmg normal macam tu.

5y ago

Oh harap2 nya macam tu. Huhu. Terima kasih

VIP Member

Kalau lmbut je prut bby tu,xde mslh..kalau keras tu ye,takut smbelit..

5y ago

Tulah lembut je perutnya. Harap2. Lega sikit dgr. Huhu

VIP Member

Normal