Emosi Menjadi First Mom

Hi. Baby sebulan lebih kalau kita as mak termarah dia waktu dia menangis sbb letih, agak agak dia akan dapat faham ke yg kita emosi marah? Kesian dekat dia, mmg minta maaf lepas marah dia tapi emosi tak stabil ☹️ macam mana la nak bertenang je waktu dia menangis. Tolong bagi tipsss. First mom tq#ingintahu #firstmom #pleasehelp

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy pun pernah rasa nk marah sbb x tau dia nk apa dan knp dia nangis😅..pstu sy cuba control dgn sy fikir balik masa mula² dpt tahu pregnant dan happy nya kita bila tahu pregnant kan.. InshaAllah akan trubat rasa marah tu.. dan selalu positifkan diri dgn fikir baby ni dia meragam, nak selalu dgn kita semua ni time dia baby ni jelah..nnti dh besar kita akan rindu saat² tu.. jd sama² kita enjoy the moment ye mommy.. InshaAllah we can do this😊😊 sy first mom juga

Baca lagi
TapFluencer

Hi. Saya first mom pun faham kadang stress lagi anak tengah newborn memang kita tak faham lagi baby nak apa. Kena minta tolong suami tengok kan baby. Bila mommy rasa letih sangat bila suami ada. Boleh minta tolong. Nak bagi tips saya pun takda lah bagus sangat bab kawal emosi. Hehe. Tapi apa pun pandang muka anak. Bila marah tu ubah posisi kalau tengah duduk better berdiri bagi cool down perasaan tu. Moga dipermudah kita mengurus anak ya

Baca lagi
5mo ago

Sama², mommy

Saya pun ada juga rasa stress kadang. Tapi fikir balik, dia xminta utk dilahirkan but kita yg bdoa mintak dia hadir dalam hidup kita. Dan terus pandang wajah anak n peluk dia kuat2. Cium dia, dan istighfar ( bg yg islam). Kalau penat sgt sy juga minta suami tgkkan but baby tetap nak dengan ibu. Jadi minta doa even dalam hati, kuatkan diri kite utk jaga anak

Baca lagi
5mo ago

Itulah. Tu rasa serba salah sangat lepas termarah dia. InshaAllah, terima kasih sis 🥰🥰🥰💖💖💖