Makanan bayi
Baby saya baru sahaja mula makan bulan ni. Saya first time mom. Saya keliru dgn berapa kali saya perlu beri baby makan dalam sehari dan berapa jumlah (berapa sudu) yg dia perlu makan? Saya mula dgn beri bubur kosong dan few drops olive oil. Dan setiap kali beri makan perlu beri bubur nasi je ke atau boleh beri puree lain contoh mcm puree buah atau avocado etc. so far skrg saya dlm fasa kenalkan ayam dan sayur2 mcm brokoli, carrot etc. boleh ke kalau harini saya beri bubur nasi and esok saya tukar beri puri buah pulak? Last soalan, kalau saya masak dan kemudian frozen kan utk esok bawa ke pengasuh boleh kan? Terima kasih 🙏🏻🙏🏻