Baby bila meniarap?

Hi , baby saya baru 4bulan 27hari. Tapi tak pandai meniarap lagi. Bila agak nya umur pandai meniarap pusing badan ye? Risau pula. Ada tak sama dengan baby sy?#1stimemom #seriusnanya #firstbaby #pleasehelp

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Baby ni dia tak pandai nak buat sendiri. Kita yg kena ajar dia. Sebab tu kena buat tummy time seawal mungkin. Umur bawah 1m pun dah boleh buat tummy time sebenarnya. Selain dpt kuatkan leher, tulang belakang dia dan otot2 belakang dia, tummy time ni boleh kurangkan risiko utk baby dpt flat head (boleh google apa tu flat head). Umur berapa baby boleh meniarap tu berbeza. Sebenarnya bergantung mcm mana kita train dia. Tummy time ni tak semestinya kena baringkan dia meniarap atas lantai mcm tu je. Ada banyak cara sebenarnya nak buat tummy time supaya baby rasa selesa dan selamat. Bila buat sesuatu posisi atau aktiviti yg dia tak pernah atau tak biasa buat, memang dia akan merengek dan menangis sebab dia rasa pelik dan tak selesa. Sebab tu kena biasakan. Boleh try buat tummy time atas riba puan, atas dada puan atau boleh buat atas nursing pillow. Bila nampak mcm baby dah biasa, try buat atas permukaan rata mcm atas lantai atau atas katil. Kalau baby yg dah selesa meniarap, bila letakkan dia terlentang pun automatic dia akan meniarap sendiri. Dan sikit2 dia akan belajar mcm mana nak mengesot, nak merangkak semua tu.

Baca lagi