Hai awak. Setiap kali menyusu, kalau boleh burp kan dia. Jangan bagi baby overtired, tengok bahasa badan dia, baby semuanya sama, bahasa nangis diorang sama, kalau awak dengar betul betul inshaAllah senang faham apa dia nak, boleh search kat Youtube newborn language, kalau dia nangis sebut “neh” maksudnya dia nak menyusu lagi. Kalau dengar macam “auooh” camtu maksudnya dia nak tidur. Selalunya baby saya kalau buat macam gaya baby awak ni maksudnya dia overtired (tapi setiap baby tak sama) jadi apa yang saya buat, saya bedung dia dulu, kemudian saya tenangkan dia, buat bunyi sushing kuat sikit, sambil dodoi posisi yang dia selesa, inshaAllah dia stop nangis pastu tidur lena. Baby sebenarnya dia akan bagitahu apa dia nak melalui bunyi tangisan dia tu. Sangat mudah kalau awak cuba fahamkan, mudah untuk kita terus bagi apa dia nak. Baby saya pun sebulan lebih, masa dalam pantang saya belajar sungguh sungguh bahasa tangis baby ni untuk fahamkan apa dia nak setiap kali nangis, kembung perut ke, nak susu ke, mengantuk ke, nak sendawa ke atau dia tak selesa ke, semua baby bagitahu sebenarnya melalui tangisan dia, dengar macam sama, tapi lain lain sebenarnya bunyi yang diorang buat. Kadang diorang combine bunyi macam “neh neh aouhh neh” maksudnya nak menyusu and diorang bagitahu diorang mengantuk. Camtu laaa lebih kurang. alhamdulillah setakat ni saya dapat cater needs baby saya. Senang je awakkk kalau awak dah start faham baby languange ni. Semoga membantu 😊🌷
Baca lagi