Baby tak nak makan

Baby saya 6 bulan 20 hari. Tapi kenapa eh dia tak nak makan? Mulut pun tak nak bukak bila sua sudu. Langsung tak excited dengan food. Hari ni saya bagi dia puri kentang. Dia makan sikit je. Sudu kedua terus tak nak siap pakej muntah sekali. Saya rasa give up pun ada nak bagi dia makan. Saya tak ada pengalaman sebab 1st baby. Please bagi tips supaya baby nak makan 😪 #seriusnanya #firstmom #bantusharing #firstbaby

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy hari ni hari ke 15 anak Sy makan. Sy keep buat Benda yg berbeza utk anak. Sy akan try menu (protein) yg sama utk 2/3 hari. then tuka protein yg lain. supaya anak tak rasa jemu makan Benda sama. Yg Sy perasan, anak mcm suka ikan dari ayam. ayam anak makan jugak tp tak sebanyak bila Sy buat menu ikan. setakat ni Sy baru try ikan tenggiri, salmon. Sy campur kan brokolli sikit. sawi Pon anak ok. carrot dia kurang suka. jd Sy try sayur sayur yg lain pulak supaya dia tak tolak sayur yg lain. hari ni sy try udang pulak utk anak. masa nak makan, titiskan sikit olive oil dalam bubur. kalau buah, Sy dah bg dia try buah naga, betik, mangga, blueberry.

Baca lagi

biaselah baby baru nak kenal makan. itu kan rutin baru untuk dia. mommy kena bersabar dan keep offer makan hari2 walaupun dia makan sikit. boleh cuba blw teknik juga. jangan push, dpt dua suap pun satu pencapaian yg baik. anak sy skrg 7 bulan baru berselera makan. masa 6 bulan dia mkn sikit je 😁

takpa awak, jangan stress. baby tak perlu makan banyak macam orang dewasa pun pada usia 6 bulan ni. usia 6 bulan ni, awak boleh kenalkan dia dengan macam-macam jenis makanan, contoh buah/daging/sayuran jadi dia tak perlu makan banyak. dia cuma perlu kenal tekstur

boleh juga tengok ig Solid Starts, makanan apa yang sesuai diberi dan cara potongan. yang penting jangan putus asa ya. sebab kat media sosial sekarang banyak resepi makanan untuk baby. masa saya baru ada anak 1, saya rasa rugi sgt sebab tak tahu 👍🏼

sy dlu bg ank yg 4days rule tu, ank xnk mkn. yg bubur kosong.. pstu sy consult kat nurse KK, dia ckp jgn ikut sngt yg bgtu, trus sja bg anak mkn cmpur ikan, ayam, sayur. yg brlauk. cmpur butter/mnyak bijan/evoo . sy buat gitu bru anak nak mkn😁

12mo ago

yes. 4dr tu optional.

follow fb happy baby food malaysia. dekat sana admin rajin share info. xpe awak sbb baby kita baru dlm fasa nk kenal makanan. kalau dia mkn satu sudu tu pon dh kira okay❤️. ada cuba bagi buah dlm food feeder tak. cuba la

baby sy yg sulung dulu pun tak lalu makan puri kentang, dia auto loya 🤭 puan cuba menu2 lain. lgpun baby baru belajar makan, memg tak byk dia makan. dia kenyang dgn susu pun boleh jd jugak..

awal2 mmg mcm tu mom . dlu dgn anak buah sy pun mcm tu . mmg akan take time utk dorg sbb kn 1st time makan yg ada rsa. selain susu 😅 . just keep trying mom insyallah boleh 🙂

mungkin ank xsuka puri direct macam tu, puan bole cmpur dengan benda lain. macam anak sy pun xsuka puri direct macam tu kalau cmpur dia makan plak. kene pelbagaikan menu

sye rse awal2 memg mcm tu.. cbe buat menu lain..