first of all, tahniah! jaga diri sebaiknya. g6pd ada dua type, intermediate (sementara) dan deficient (kekal). mostly orang cakap baby boy je biasa kena. tapi baby girl pun ada, rare case la. kebiasaannya memang akan ditahan wad dalam 5 hari untuk pemantauan jaundice/kuning. sebab bacaan boleh jadi naik tinggi. kalau baby kena intermediate nanti akan repeat test, biasanya result akan okay normal je. kalau kekal, jaga pantang larang sahaja. pengalaman anak saya, saya hanya elakkan makan kacang parang, anak pun takboleh makan dan sebarang ubat-ubatan/supplement untuk kita dan anak juga harus bersesuaian. kalau ada alahan selain perkara utama yang perlu dielakkan, ianya mungkin alahan individu, bukan disebabkan kekurangan enzim g6pd. ada group di facebook awak boleh join, search je g6pd malaysia.
sudah masuk ke nicu dlm jgkaan 5/6 hari ...
Anonymous