Perut bayi kecil dari usia kandungan

Assalamualaikum..saya nak bertanya..skg saya dh pregnant 30week.. Bru saja checkup di hospital .. Doc bagitahu perut baby kecil dari usia kandungan.. Doc nak pantau lagi 2minggu utk tgk pembesaran dia.. Ada 3kemungkinan doc ckp 1.gen mak ayh di 2.kurg nutrition 3.tkot sifat die.. Klu ikut gen doc xrisau sgt..doc risau no 3 tu.. Skg sy jadi risau..ade tips tak untuk normalkn pembesaran bayi? #bantusharing #firstbaby #fristimemom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi puan, saya sharekan pengalaman saya baby perut kecil. week 36 doctor detect perut baby saya kecil size 33 week. jadi doctor nak buat pemantauan lagi 2 minggu. disebabkan saya dah masuk ke hujung kehamilan, jadi doctor kata sekiranya masih tak membesar, doctor akan induce untuk beranak. doctor bagitahu saya ada beberapa kemungkinan, sama macam apa yang puan tulis. bila masuk ke minggu 39, saya ada scan sekali lagi, perut masih kecil dari usia cumanya size perut dah membesar jadi 37 week. tapi doctor detect air ketuban saya sikit pula, jadi kemungkinan perut baby tak dapat nak membesar disebabkan air ketuban sikit, cumanya jumlah air ketuban saya sangat critical saya terus kena admit and induce beranak. bila baby keluar, baby saya terlilit tali pusat dua kali di leher jadi doctor kata factor yang menyumbang perut baby saya kecil antaranya sebabkan terlilit tali pusat. dari apa yang saya baca, sangat sangat biasa case baby terlilit tali pusat ni. apa yang perlu dipantau is tumbesaran bayi tu adakah terhenti ataupun masih membesar. saya faham kerisauan yang puan alami, sebab saya pun rasa begitu, ada yang kata scan kadang kadang susah nak nampak sebab baby dah penuh dalam perut. saya harap puan cuba untuk enjoy hujung kehamilan ni sebaik mungkin. sebab bila baby keluar nampak normal je perut baby kita nanti. insyaAllah puan.

Baca lagi

sis kena warded ke untuk pemantauan?

3y ago

mengikut pengalaman saya, tak warded. check up semula selepas 2 minggu.