Persiapan untuk ibu baru

Assalamualaikum untuk bakal2 ibu di luar sana. Hari ni terjentik hati untuk buat satu perkongsian. Perkongsian yang saya harap dapat bagi manfaat untuk new moms selepas bersalin nanti. Saya mengandung anak first masa saya masih lagi belajar. Saya terpaksa berjauhan dengan suami almost for 6 month dan time tu saya nak pergi klinik ke mana2 memang pakai grab car jer. Bila usia kandungan dah masuk 7 bulan, saya asyik fikir untuk buat preparation baju anak, barang2 nak bawak hospital sampai saya lupa saya x buat apa2 preparation mental atau fizikal untuk sambut baby nanti. Ilmu bab penyusuan, penjagaan khusu bayi memang xde langsung. Duit simpanan saya memang habiskan untuk beli makanan yg saya mengidam,barang baby n reward diri. Saya tak makan makanan yg sihat untuk make sure baby sihat, air semua manis2 jer ikut selera ngidam, pastu tido pun selalu tak cukup bukan sebab baby or study..Tapi sbab dok layan movie2. Saya warded masa kandungan awal 7 bulan sbab hb low. Then warded skali lagi masa kandungan baru genap 9 bulan. Tahu2 baby dalam perut beratnya tak capai yang spatutnya dan terpaksa emergency czer. Bila baby dah lahir n dr kata baby kena prolong jaudice..saya tahu ubat bagi sgala penyakit pada baby adalah susu ibu tapi saya tak mampu nak bagi susu ibu secara direct sbab nipple saya tenggelam. Dulu sbulum bersalin dr ,husband, misi klinik n ramai mak2 pesan supaya urut nipple tu…tapi saya anggap benda tu perkara remeh. Saya x dapat nak susu kan anak saya direct, then nak perah pun saya jadi malas sebab saya terlampau bergantung pada susu formula. Nak jadikan cerita satu hari tu baby kena refer hospital sbab anemia, bagi susu formula pun dia kadang muntahkan balik, berak pun kurang kerap…ya lah susu formula nak expect apa? Sama khasiat macam susu ibu? Memang tak lah. Dalam perjalanan pulang hospital tu memang jalan sesak sangat, memang lama lah kat atas jalan sblum sampai rumah. Susu formula yang berbaki kat botol tu dah 3 jam dah memang x boleh bagi baby dah. Susu yang belum bancuh memang dah habis dah. Anak nangis sampai berpeluh n panas satu badan. Kita as mom dah cuak dah. Dah terfikir saat tu… Dah lah kita lahirkan dia secara operate sbab kesilapan kita sendiri pastu kita x nak usahakan bagi anak direct bf. Susu tu hak dia jugak. So for mom out there…ingat2 lah pasal anak ni. Jangan berkira, jangan letakkan emosi awak first sebelum baby, kena banyak berkorban sbab anak awak bukan anak org lain pun.#firstmom #pleasehelp #bantusharing

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

perkongsian yg bermanfaat. terima kasih sharing ❤️