Saya ni ada sakit mental ke?
Assalamualaikum. sy nk tanya dan minta pendapat. Macam mana seorang surirumah sepenuh masa handle stress ya? Skrg anak 2 org sedang membesar. Yg buat sy stress,yg sulung. Mmg boleh dikatakan hari2 akan kena marah & pukul. Sebab makin lama makin menjadi2 perangai mengada-ngada. Bila ckp baik2,tak jalan. Terpaksa rotan,baru dgr arahan. Kdg sampai sy dh xsanggup nk pukul ank2 lg,sy akn pukul diri sendiri. Sgt2 stress. Sy ni sakit mental,gila ke? Nk kecam silakan,sy terima. Sbb dah tak tahu kt mana nk meluah. Sy tak nak org lain tahu. Termasuk suami sendiri. Terima kasih. #advicepls #pleasehelp #help
Anak mmg tak paham kenapa ibu memukul, yg mereka tahu tegas dan sakit serta sedih..sis jgn ada tabiat pukul anak...bersabar..sabar itu ada hikmahnye maupun lambat. Mmg bukan senang nak jaga anak berdua lg lg jika umurnye dekat...mereka belum matang dan mereka masih perlukan perhatian dan penjelasan dgn cara mereka dan mereka mudah lupa.. Sis jika x blh dok berbincang dgn suami maka aturkan jadual yg elok utk anak anak supaya sis pun blh berehat. Sis perlu jadi kuat utk atasi masalah anak anak dgn cara kasih sayang yg tidak mengalah. Mkn kita garang dgn anak anak, makin mereka belajar utk mengada gada...sbb bagi mereka ada perihatian dari ibu...tolong jgn ada tabiat memukul malah divert mereka utk buat aktiviti lain. Only for few more years perlu atasi, lepas mereka dah besar sis akan rindui masa yg indah ni dgn kenangan...jd cuba atasi dgn gembira. Sis jaga makanan yg membuat sis ada hormon bahagia dan kecergasan..jika suami blh bertolak ansur utk tolong menjaga anak anak sekejap sis blh berehat atau keluar hiburkan diri kejap..jika tidak minta tolong ahli keluarga.
Baca lagiSis, bila anak sis yang sis cakap mengada ngada tu, contoh dia buat benda baik/betul/bagus , behave baik like main sendiri ke, sis tengok tak dia? Atau tegur dia dan ajak bercakap tak? Pernah tak dia cuba interact. Berbual dengan sis tapi masa tu tapi sis tengah main phone? Sebab budak jenis ..when they learn that “being problematic” is the only way to get your attention, which is bila dia buat perangai je sis cakap dengan dia, atau sis pandang dia, dia akan buat perangai. Walaupun dia tahu dia akan kena pukul.
Baca lagiSis dah burn out ni, kena luah pada suami, apa yg sis rasa. Bila suami cuti, sis keluar kjp utk masa diri sendiri. Ank sulung nk perhatian, selalu peluk dia, bagitau kita syg dia.. Risau lama2 hati ank sulung jd keras.. Kalau sis x le nk handle, hntr ank sulung g taska/playschool separuh hari ka? Take care sis. Jaga mental health sis..
Baca lagiSila dapatkan bantuan profesional; kaunseling. Call pun boleh. Call lppkn ke. dan lain2. buat juga ujian DASS. result tu boleh ditunjukkan ke KK/LPPKN/mana2 agensi yg ada perkhidmatan kaunseling bertauliah. Let's talk. luahkan pada org yg dipercayai. jika suami isteri saling mempercayai, isteri wajib bagitahu suami. Puan tak keseorangan ok.
Baca lagiKeprihatinan suami juga penting. Kadang2 anak2 memberontak dgn ibu tp akan takut dengan bapanya. Bapanya kena ambil tahu dan tegas baru anak mudah dijaga. Selain itu, puan pun harus mendapat khidmat nasihat dari kaunseling. Memudaratkan diri puan dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan puan🌹 Sayangi diri sayangi anak2❤️
Baca lagiawk tgh pregntn ke? ank 2 org tu brp umurnya cuba try bw jln2 ank2 tu.. awk pun akn relax tgok dunia luar kjp.. gi borak2 dgn jiran ke.. jgn paksa diri utk siapkn keje kat rmh tu.. xde siapa yg nk soal awk..😊.. biasa org stress ni fikir nk siapkn keje dlm rmh tu.. just relax2 je.. 😌
W'salam. Pendam lagi memudaratkan. Sila minta bantuan sesiapa, pergi hospital for further checking pun boleh. Jangan pendam. Stress takboleh dibuat main kalau dah sampai tahap nak cederakan diri sendiri. Kalau sayang diri sendiri, dan anak anak, bagitahu suami.
Dah boleh cuba bawa diri sis dan anak2 ke luar. Bukan gi mall ke apa. Gi padang ke, taman mainan ke. Kalau rumah dekat ngan pantai gi pantai. Minta suami bawakkan every weekend