Buka Buku pink, knp jd mcm ni...pls help

Assalamualaikum, Sy harap sgt ada yg membantu jwb berdasarkn pengalamn yg pernah terjd. Sy last 2 weeks dah buka buku pink, harini patut datg checkup, tp tak pergi, Dan nurse call sy. Sy bgtau yg Sy nk continue swasta. Sy mmg ckp elok2 walau ada terasa dgn perckpn Dan cara ckp nurse td. Lps tu nurse suruh dtg esk, mati2 kena dtg juga, sign borang, sign paperwork katanya, betul ke ni ? Sy juga disuruh buat satu surat kpd KK menyatakn benda ni.Nyatakan hospital mn Dan nama doc baru. Dan KK tak bertanggungjwb apa2 jd kat sy. Perlukah semua ni ? Sy betul2 stress Dan muram sejak pergi kk ni. Soaln Sy, ada sesiapa pernah alami yg mcm sy alami ni ? Sy rasa pelik, sbb rata2 kwn Sy, semua nurse tak cari. Tp taktau knp nurse sy mcm ni. Blh share pengalamn sesiapa please? Paperwork apa tu ? Sign borang apa? Knp serious bunyinya. Sy rasa tak nak pergi lnsg esk. Sbb betul2 stress knp sy je. Org lain tak kena. 😭😭 #AskingAsAMom #Needadvice #firsttimemom

43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1. Lain KK, lain procedure. Sebab awak dah buka buku pink di KK, kalau nak tukar, mungkin di KK awak perlu isi borang untuk tutup buku. Awak ikut je procedure di KK tempat awak. 2. Untuk kos bersalin atau kos perawatan bayi selepas kelahiran tidak ditentukan oleh buku pink KK atau swasta, tapi ditentukan oleh tempat awak melahirkan, iaitu hospital kerajaan atau swasta. Kalau awak bersalin di hospital kerajaan, walaupun guna buku pink swasta, kos bersalin ikut harga di hospital kerajaan, selagi awak warganegara Malaysia, awak pasti akan dapat harga local. Bukan bila guna buku pink swasta, awak akan dicaj mahal. Begitupun sebaliknya, kalau bersalin di swasta menggunakan buku pink KK, harga akan mengikut harga hospital swasta tempat bersalin, bukan harga hospital kerajaan. Macam saya memang nak bersalin di hospital swasta, tapi saya juga memang nak check up di KK sebab lebih detail dan free, cuma bayar RM1 je waktu nak daftar. Jadi saya buku pink di KK, sepanjang kehamilan, memang check up di KK. Bila nak bersalin di hospital swasta, biasanya perlu minimal 3 kali checkup di hospital swasta tu, jadi saya akan guna buku pink KK bila ada appointment di hospital swasta untuk rujukan Dr. Memang Dr akan catat juga dalam buku pink KK tu tiap kali appointment. Jadi kalau ada appointment di hospital swasta jatuh pada hari yang sama appointment di KK, saya cuma perlu datang checkup di hospital swasta & skip checkup di KK pada hari tu, cuma perlu inform nurse di KK, kalau saya ada appointment yang sama di hospital swasta, dan nurse KK akan take note. Cuma saran saya, kalau stiker awak selain warna hijau, lebih baik checkup di KK, sebab lebih detail dan akan dipantau lebih baik. Awak nak bersalin di hospital swasta nanti pun boleh je, setidaknya awak tau condition awak & baby secara detail sepanjang kehamilan. Apa2pun semoga dipermudahkan semua urusan awak kedepan! Tengah pregnant tu, jangan stress2 ya! ☺️

Baca lagi