Baru melahirkan tapi buntu nak jaga or kasi pada orang.

Assalamualaikum semua, saya baru sahaja melahirkan tanpa tahu saya pregnant selama ni. Saya buntu, sebab saya masihlah seorang yg belum berkahwin. Saya sebersalah dekat baby tu, dan niat nak jaga eventhough pihak lelaki kata dia sepertinya tak mampu nak jaga + tambah komitmen dengan keadaan terkejut macam ni. Ada cadangan ke atau nasihat macam mana nak teruskan atau beri sahaja pada orang?#SeriusTanya

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

klu sy kan...sy jaga. xrela diberi org. sbb apa? sbb ank x minta dia dilahirkan..dan ia sedikit sebanyak mengajar kita erti tanggungjawab. jika kita berkemampuan utk menjaga...jaga lah sebaiknya..kita tak tahu smpai bila ank tu dipinjamkan olehNya

12mo ago

Setuju dan suka sangat jawapan ni. Kelahiran anak tanpa disangka/ atau tidak, ia mendidik kita bertanggungjawab. Fikirkan lah TT. Puan TT belum berkahwin, saya percaya puan TT juga umur baligh. Sewajibnya bertanggungjawab dgn apa jua kemungkinan berlaku pada diri sendiri termasuk bersetubuh dgn lelaki yg menyebabkan kehamilan puan TT. Masih cukup duit hingga hujung bulan tu maknanya masih dikurniakan rezki. Rezki duit, rezki anak, rezki selamat melahirkan. Sudah bagus Puan dah ada niat nak jaga, tapi pihak lelaki yg tak bersedia dgn komitmen. Daripada situ, puan dah nampak sisi apa sang lelaki itu. (saya agak lelaki tu yg bersetubuh dgn puan). Adakah puan OK dengan lelaki sebegitu pada masa kini dan akan datang. Please beritahu family secara baik dan bila puan bersedia. Sebab buat keputusan secara terkejut dan tak fikir panjang, tak OK lah... Bila dah tenang dan dah jaga beberapa bulan, puan buat lah keputusan terbaik. Moga dipermudahkan